KHAMIS. 20/6/2013.
Ni kisah JJCM aku sewaktu cuti sekolah hari tu. Banyak sebenarnya acara makan-makan kami sekeluarga. Tapi tak sempat nak tulis.. maklumla sibuk dengan aktiviti yang macam-macam. Rupanya banyak lagi gambar JJCM kami yang aku tak publish kat sini.
Kebetulan hari tu ada undangan perkahwinan kawan suamiku di Sungai Besar, Selangor. Kamai jarang ke sana. Jadi kesempatan itu digunakan untuk mencuba cendol durian Borhan yang popular (selain dari cendol Bakar). Memang dah plan awal lagi kalau pi majlis perkahwinan akan singgah makan cendol durian Borhan. Wahh.. tertunailah jugak hajat..
Cendol Durian Borhan berada di tepi jalan besar daerah Kuala Selangor.. Memang tak susah pun nak cari. Dari jauh dah nampak signboard dia. Huhu.. lepas balik kenduri mesti terkamm.
Orang agak ramai sewaktu kami sampai. Kat situ cuma ada cendol durian (campurlah ngan pulut/kacang/tapai/jagung) terpulang kalau kita nak cendol durian campur dengan apa pun. Ada juga laksa. Tapi aku tak order pun sebabnya dah kenyang makan kenduri. Ada juga jual produk kampung kat sebelah cendol Borhan tu. Sayuran kampong, kerepek dan macam-macam.
Memang aku puji sangat-sangat. Cendol durian Borhan memang sedap. Mangkuk dia besar. Lemak manis memang terasa. Durian pun banyak dia letak. Dan dia merupakan pesaing kepada cendol Bakar yang popular tu (semasa aku menulis entry ni Cendol Bakar yang popular telah ditutup untuk sementara waktu). Rupanya dah banyak cawangan cendol durian Borhan ni. Cuma aku yang tak tahu…
Dalam perjalanan balik sempat juga singgah beli karipap gergasi kat area situ. Kedudukan tepi jalan dan tak jauh dari Cendol Bakar. Rasa memang sedaplah. Inti nya cuma ayam dan daging …dan tersangatlah besaq gedabak. Itu sebab dipanggil karipap gergasi…Tapi tak abis makan maaa…..
aku suka pemandangan kat sini.. tenang
antara jalan menuju rumah pengantin..
yuhuuu.. dah sampai.. apalagi terjahhh
penghilang dahaga.. cendol durian jagung+kacang
yang satu lagi tu cendol durian pulut+kacang
No comments:
Post a Comment