...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, May 21, 2013

AWAK KALAU SENYUM MESTI CANTIK KAN...

SELASA. 21/5/2013
Cuti hari ni.  Banyak urusan peribadi nak buat.  Kena berurusan dengan jabatan kerajaan..bank dan ada temujanji dengan seseorang.  Temujanji ni memang penting.  Penting sangat-sangat...

Aku tak nak lah cerita pasal temujanji.  Tapi nak sentuh sikit tentang urusan aku di sebuah kaunter kerajaan.  Aku sampai situ lebihh kurang 9.45 pagi.  Amik borang..penuhkan dan kemudian ambil nombor giliran.

Baru nak duduk nombor giliran dah dipanggil.

Assalamualaikum puan.

Errmm.. bagi kad pengenalan.  Tanpa menjawap salam aku dan memberi ucapan selamat pagi pun....  Huhuhuu (atau mungkin aku tak dengar kot..atau dia jawap dalam hati)


Nama ni dah banyak orang guna lah.  Isshh.. tak der nama lain ker nak taruk??

Lorrr.. mana saya tahu puan.  Apa cadangan puan?  Nak letak apa yer..? penuh jujur aku meminta pendapat.

Nah tulis dua tiga nama kat sini..Kalau tak ada dalam sistem baru boleh.

Huuhh..agaknya jiwa dia tengah kacau kot.  Mood kerja semakin kurengg.  Apalagi umur pun mungkin dah dekat-dekat nak pencen.  Alahaii.. kesian aku tengok.  Muka penuh stress...

Selesailah jugak urusan kat kauter tu.  Sebelum beredar aku sempat ucapkan terima kasih. Dengan harapan dia dapat senyum.  Malangnya sangkaan aku meleset.  

Mahu saja aku lontarkan perkataan ini.."puan alangkah baiknya kalau melontarkan senyuman pada pelanggan.  Puan akan lebih cantik kalau senyum.. tak gitu???"





1 comment:

  1. KLia, agknya dia tau dia x cntik sbb tu x snyum kot...

    ReplyDelete