SELASA. 24/12/2013
Hari
Kedua.
Jam 7 pagi dah mula breakfast. Tak ramai sangat. Mungkin awal lagi kot. Jadi semua boleh pilih. Dari tempt duduk sampailah ke makanan.
Makan pun ala kadar
jer. Katanya bas datang jam 7.30
pagi. Bas tu yang akan bawa kami ke
USS. Dari hotel kami menginap, cuma kami
bertiga jer yang akan ke USS. Yang lain kebanyakannya dari Tune Hotel.
8.00 pagi baru bas
sampai. Dah ramai dalam bas tu. Rupanya dia orang ambil dari Tune Hotel
dahulu. Last sekali baru tempat kami. Tak kisahlah.
Tempat duduk di bahagian belakang masih kosong. Cukup untuk kami bertiga!
dalam bas... jalam jem
Tambak johor dah sesak. Tapi masih terkawal. Awal pagi ramai yang ke
tempat kerja. Itu adalah biasa. Cuma sesaknya tidak seteruk hari sabtu dan
ahad.
tempat wajib untuk bergambar...
kalau tak orang tak tahu korang dah sampai USS kan..
lagi...
Sampai di Sentosa hampir
10.30 pagi. Dah ramai pun orang. Ada
briefing dari driver bas. Huhu..7.30
malam baru dia datang amik.. so boleh lah meronda sentosa selagi boleh.
Sebelum tu nak bagi tip
sikit kalau ada sesiapa yang nak ke USS ni.
Bawa air mineral atau botol air (ni untuk cebok kalau buang air kecik/besar) toilet kat USS takder paip air. (hehehe..depa pakai tisu kesat jer). Water cooler adalah.. bolehlah untuk penuhkaan air dalam botol.
2 Bawa juga roti/bun/sandwich untuk lapik
perut. Kat USS ada dijual makanan, tapi
harga mahal
d dan juga status halal masih ragu-ragu. McD ada lah jugak. Tapi sure tak halal punya. Bagi yang ada anak ramai lebih baik buat
persediaan. Bukan apa takut perut berbunyi..... maklum meronda tempat tu satu hari
pun tak cukup.
3 Baju hujan yang nipis tu (pakai buang) kalau
musim hujan memang patut bawa sekali.
Kami pun tak bawa .. memang terkandas dan basahhh..
4 Jangan nak pakai high heel pulak. Pakai jer sandal atau slipper atau sport
shoes. Nak berjalan jauh kat dalam tu
weyy.. tak sesuaii..
pakai kasut macam ni.. tak lah sakit kaki..
Itu saja kot. Selebihnya bawa duit banyak-banyak untuk
shopping. Bab shopping memang tak boleh
nak tinggal.
Kat Sci-Fi-City ada
transformers. Memang best sangat. Baz naik sampai dua kali. Hehe..aku?..dah sekali cukup. Tu pun rasa
macam nak tercabut jantung. Ahakss..
Ancient Egypt ada Revenge of
The Mummy. Huhu yang ni lagi lah
teruk. High speed roller coaster. Barang semua kena letak dalam locker kat luar. Dah boleh agak dah dia punya speed macam
mana. Pergghh.. macam nak terburai
perut.. last sekali pejam mata jer lah.
Takuttt…
jumpa pula "kawan lama"..hahaha
Cuaca memang tak elok hari
tu. Berselang seli hujan. Kami terkandas dekat The Lost World hampir 2
jam kerana hujan lebat dan operasi dihentikan.
Lepak dan lapar.. Agak terkilan lah jugak kerana tak dapat masuk ke The
Lost World.
Last sampai juga kat
Madagascar. Tu pun hujan masih
rintik-rintik. Redah la jugak. Kalau nak tunggu memang tak cukup masa.
dah sampai pun Madagascar
Memang penat pun. Seharian
dalam cuaca yang tak menentu dan naik roller coster high speed memang
mengerikan. Tapi tetap seronok dan penuh
adventure.
banyak tul candy kat sini...
mana lagi nak hala nih... letih dahhh..
Sampai JB dah hampir jam
10.30 malam. Lapar dan letih. Sempat singgah kat satu kedai makan yang agak
sedap juga. Aku lupa nama kedai tu dan
lupa juga nak snap gambar pun. Ni yang
kami makan. Nasi goreng Dato Onn.. makan
sampai licin.
ni dia nasi goreng Dato Onn..
sedap atau kami yang lapar..makan sampai licin