...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, November 6, 2013

HILANG BOSAN...JOM TENGOK WAYANG

RABU. 6/11/2013

Ni cerita hari selasa.  Cuti sempena Maal Hijrah. Tak der buat apa pun.  Melepak kat rumah.. masak.makan dan tidur.  Itu saja.

Bosan la jugak.  Akhirnya hubby ajak tengok wayang. Oppsss.. melompat sakan.  Akhirnya. Taklah terperap kat rumah seharian.  

Kalau dulu nak tengok wayang kami akan ke KLCC, MV atau pun The Curve.  Tapi sejak ada TGV kat AEON Rawang dah tak pi jauh-jauh lagi.  TGV dekat jer ngan rumah.  Nak tengok tiap-tiap minggu pun boleh.  

Sebenarnya baru bulan lepas kami tengok KL Gangstar 2.  Seronok la jugak tengok Rosham Nor, AAron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan banyak lagi yang berlakun.  Berlawan dari mula sampai habis.  Dialog tak usah cakap lah.. memang dialog samseng habis!

Kami tengok filem THOR: THE DARK WORLD. Jalan cerita menarik.  Tak bosan pun.  Boleh lah layan. Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta.




Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak.




Lepas ni nak tengok Tom Yam Goong 2 pulak.  Dibintangi  oleh pelakun handalan Tony Ja yang pernah berlakun dalam filem Ong Bak.  Rata-rata menyakan filem Tom Yam Goong 2 ni menarik.  Jadi apa lagi..minggu depan boleh lah serbu...







No comments:

Post a Comment