KHAMIS.
15/11/2012
Cuti Maal Hijrah. Apa nak buat erkk???.. Ada rancangan nak pi
mana-mana tak?? Isshh tak der laa..
Suami pun sengap jer. Tak bagi
respon pun bila aku tanya.. Baz??
Errmm..dia lagilah. Dok mengadap
PS3 jer.. kalau boleh tak mau keluaar rumah.. Sayang nak tinggal PS3 dia tuu..
Alahai..kalau cenggini
alamat hari ni aku kena masak lah.. Huuhh.. memang betul. Pagi buat sarapan. Simple jer..cekodok ikan bilis. Tak sempat nak amik pic pun. Sambil sarapan dok
borak..pot..pet..pot..pet..macam-macam cerita.
Lepak kejap. Suami dok sibuk mengemas kat ruang laman
depan. Berdebu katanya. Rajin la pulakkk.. Ahaa..biarkan, semangat
rajin berkobar-kobar…
Tengahari masak lagi. Nak masak apa??.. Kari lah.. ikan, sayur
masih banyak kat dalam peti ais. Sup
sayur bayam..lama gak tak makan. Baz
mesti suka.
Acara santai lepas makan
tengahari. Lepak depan TV. Aku pun tak pasti rancangan apa yang
disiarkan. Cerita dari seberang
kot. Sambung lagi borak. Hehehe..banyak
sungguh cerita.. mata makin
layu..ngantukk..tertidur depan TV… akhirnya..
Petang. Terasa macam nak makan cempedak goreng. Suami ke gerai jual buah.. hampeehh..Cempedak
dia belum masak. Orang yang jual tu bagi
tau lagi dua hari masak Isshh..aku nak
goreng petang ni.
Apa lagi yang ada?? Ahaa durian laa. Beli la tiga biji Mousang King. Cukup untuk kami berdua. Baz bukannya makan durian pun. Dapat jer durian terus balik rumah. Kopek dan makan…Makan dan
makan..huhuhuu..betul-betul membina badan.
Kalau ada lebih buat pengat
durian ya
.
Pengat???
Ahaa.. pulut ada tak??
Errmmm..ada
.
Akhirnya masak jugak pulut
dan pengat durian. Jom makan..
No comments:
Post a Comment