SABTU.
10/11/2012
Bermulanya cuti sekolah yang
panjang. Semalam hari jumaat jemput Baz
kat SDAR. Pergi sorang-sorang sebabnya
suami tak dapat cuti.. keje banyakkk.
Sampai di SDAR agak awal. Mulanya janji dengan Baz lepas solat jumaat
aku sampai. Ohh..dia pun dah dok standby
tunggu aku. Barang-barang pun dah siap
kemas. Cuma angkat masuk dalam kereta
jer.
Lepas solat jumaat kami
bergerak pulang. Hujan sepanjang
jalan. Perut pun dah mula menyanyi lagi
keroncong.. hehehhe..apa lagi lapar lahhh.. Baz pun belum makan. Mulanya kami nak ronda Senawang dulu.. tapi bila
hujan tak henti-henti terpaksa batalkan niat.
Sampai di Mantin..nampak
satu tempat makan yang baru dibuka.
Minggu lepas aku dah nampak tapi tak sempat nak singgah sebabnya sibuk
nak makan durian. Hujan pun dah
berenti. Waauu..ada coconut shake la. Mesti
cuba..
Makan lah juga nasi goreng
ayam kat situ. Lama juga menunggu nasik
siap. Kakak yang goreng nasik tu sibuk
dok sms jer. Sambil goreng nasi pun dok
sms..aduhaii.. isshh.. naik bosan jugak menunggu.
Tak sedap mana pun nasik
goreng ayam tu. Tapi telan lah juga bila
dah lapar. Tak habis pun. Coconut shake??? Oklah....kalau nak mencuba. Rasa kurang manis dan ais yang diblend tu
agak kasar sikit..
Ni diaaa.. Mantin Original Coconut Shake..
macam sedappp...
Nasi Goreng Ayam...
Sepanjang jalan nampak pondok-pondok jual durian. Berlambak durian. Ajak Baz singgah makan. Hehehee..dia tak mahu laa sebabnya dia tak makan durian. bau durian pun dia tak suka..huhuuu,,Ruginyaaaa..
Sampai KL ambil suami kat
opis dia. Malamnya depa ada training
futsal la pulak. Ikut jugak. Dah letih..aku lepak dalam kereta sampai
tertidurr..
Sampai rumah tengok Anugerah
Skrin 2012. Punyalah teruja nak tengok. Errmm hampeehh. Anugerah yang berprestij itu begitu hambar
dan tawar.. ntah apa-apa..tak menarik langsung bagi aku lah. Bila tengok komen kat FB/twitter ramai yang
kata..tak tengok pun tak per.. tak best langsung..
Apapun tahniah pada
pemenang.
No comments:
Post a Comment