AHAD. 11/11/2012
Almond Biscotti..nak rasa?? kenalah order..
Hari minggu. Sibuk sikit.
Sebenarnya sibuk dari semalam lagi.
Banyak tempahan yang perlu disiapkan.
Petang ni dan esok dah kena kena hantar.
Deepavali kan hari selasa. Jadi
semuanya kena settle sebelum deepavali.
Tak sangka juga deepavali
kali ni bertambah lagi tempahan untuk Almond Biscotti. Syukur.
Rezeki namanya. Dari semalam dok
pulun buat sorang-sorang. Sambung pula hari ni.
Namun semuanya terkawal. Masih boleh
maintain…
Tengahari ada jemputan
kenduri kahwin dari seorang kawan. Tak
payah masak… huhuhhh..ringan lagi kerja aku.
Boleh settle semua tempahan. Senyum
sendiri..
buah tangan dari kenduri kahwin di Tmn Sri Segambut..
terima kasih atas jemputan..semoga kekal bahagia ke akhir hayat
Sebenarnya Almond Biscotti ni aku mula buat dua tahun lepas. Tempahan memang ada sepanjang masa. Tapi pada hari-hari perayaan lah yang agak sibuk kerana permintaan memang tinggi.
Rasa??.. customer kata
sedap. Rangup dan cukup rasa. Sebab tu dalam masa dua tahun ni aku dah ada
regular customer. Customer baru memang
bertambah. Tempahan untuk krismas dah
pun masuk. Ada 2 buah hotel yang dah
mula buat pesanan awal. Ni untuk dia
orang punya goodies bag dan juga door gift.
Anie dari Wangsa Maju juga
dah mula tanya Almond Biscotti aku. Dia
ni ada kedai cookies/biskut dan juga pengusaha hamper. Tiap kali musim perayaan dia akan order Almond Biscotti dari
aku.
Harga??..aku tak ketuk harga
mahal-mahal pun. Harga biar berbaloi
dengan rasa dan kualiti. Harga memang
rendah dari pasaran. Apalagi Almond
Biscotti ni berada dalam kategori biskut ‘mewah’…Cuba try pi beli kat Mark
& Spancer tengok berapa dia orang letak harga?? Atau try pi DOME pekena
kopi dengan dua keping Almond Biscotti berapa dia punya harga??
Cuma hari raya puasa
baru-baru ni aku memang tak ambil tempahan dari sesiapa pun. Sebabnya aku sibuk dengan ketupat palas dan
hamper. Insyaalah.. tahun depan order
akan dibuka pada semua. Kalau nak rasa
tak payah tunggu raya pun. Hari-hari
biasa pun ada. Ada tempahan aku buatlah… Sesuai sangat-sangat kalau pekena dengan kopi
o panazzz..
Rasalah..…jom order..
Taadaaa...nyum..nyummm
No comments:
Post a Comment