...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, November 6, 2012

BILA HATI TERUSIK…KENANGAN DATANG BERBISIK


SELASA. 6/11/2012

Ni  WhatsApp  yang aku terima.

Wahhh… tahniah . karya kau tersiar kat majalah popular.

Ehh.. ya kaa.. majalah apa erkkk..

Isshhh..dia yang hantar..tapi lupa.

Aku hantar banyak kat majalah laa….dah tak ingat.

Alaaa.. kau cari la kat kedai mamak.  Majalah popular keluaran terbaru.  Dah ada kat pasaran dahh…

Huhhh.. biar betul.

Betul lah… aku masih ingat nama samaran kau.

Chats tu tamat tiba-tiba…

Ahaa.. mana boleh lupa nama tu.  Nama yang banyak meninggalkan kesan ketika aku begitu aktif dalam penulisan satu ketika dulu.  Cuma sekarang ni aku amat jarang menulis.  Sebab tu karya aku jarang disiarkan.  Hehehe..bukan jarang-jarang.. bukan kadang-kadang..tapi tak ada langsung.  Sehinggalah hari tu aku cuba menulis dan menghantar ke beberapa penerbitan.  Tersiar akhirnya… 

Dulu pun aku bermula dari suka-suka disamping sedikit bakat yang dianugerah olehNya.  Bakat yang ada sedikit terserlah bilamana hasil karya aku mula mendapat tempat diakhbar dan majalah. Memang seronok detik itu.  Kawan??..memang ramai.  Semuanya dari bidang yang sama.  Peminat??  Ehemmm memang lah ada.  Surat memang banyak aku terima.  Ialah masa tu hanya surat atau poskad saja yang menjadi menghubung.  Mana ada FB...email...twitter dan segala macam yang canggih manggih seperti sekarang ni.. Hadiah??.. ada-ada..biasanya novellah yang menjadi hadiah utama. Rasanya ada antara novel-novel tu yang masih aku simpan sampai sekarang.  Ianya terlalu berharga dan mempunyai nilai yang cukup sentimental..ceewaahhh.

Dulu pun aku berkarya menggunakan mesin taip.  Mana ada laptop..notebook macam sekarang.  Sebenarnya mesin taip tu aku beli dari hasil berkarya juga.  Ketika kali pertama skrip drama TV yang aku hasilkan mendapat perhatian pengarah dan diterbitkan di TV.  Bayaran dari hasil skrip drama TV itulah aku membeli sebuah mesin taip. (tiba-tiba teringat kat mesin taip lama tu… puas mencari tapi tak jumpa..ooohhh  alangkah!!!..mesin taip tu antara harta aku yang cukup berharga.. mesti cari sampai jumpa..)  Aku ingat lagi..mesin taip tu aku beli kat pertama komplek.  Huuhhh.. bukan main seronok detik itu.. kira macam sekarang ni dapat beli lap top laa..heehehee.

Disitulah segalanya bermula.  Peluang membaca puisi mula diterima.  Bermula di pasar seni di bawah tiang lampu dan kemudian di majlis-majlis tertentu yg melibatkan seni dan sastera. Dapat juga merasa berpuisi bersama penyair tersohor allahyarham JM Aziz di pasar seni..penyair yang cacat penglihatan akibat penyakit kusta.. alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.  

Kini segalanya telah berlalu.  Hanya kenangan yang sesekali masih setia berlegar diingatan.  Aku pun semakin lama semakin jarang  menulis.  Cuma sekali sekala karya aku muncul di majalah.  Selebihnya aku cuma menumpukan perhatian pada kerjaya dan rumahtangga.  Arrgghhh..sebenarnya masih ada lagi cita-cita aku yang belum tercapai.  Dulu lagi aku menyimpan impian tu.  Payahkahh???  Agak payah untuk menggapai dalam situasi sekarang.  Semuanya terbatas.. masa..keadaan..ahhh..alasan sebenarnya. Impian sebenarnya boleh dicapai jika aku berusaha keras tanpa jemu.  Barangkali akan ada sedikit ruang kearah itu.  Semoga dipermudahkan olehNya.

Begitulah…Ramai  kawan-kawan aku yang yang dulunya ligat berkarya telah mempunyai nama besar sekarang.  Banyak juga yang telah memenangi anugerah.  Sesekali nama mereka disiarkan didada akhbar.. aku senyum bangga.  Bangga kerana kejayaan yang dipikul sekarang bermula dari detik kepayahan masa silam.  Tahniah.  Sekadar menumpang rasa gembira…

pic dari google..nilah mesin taip aku dulu-dulu...


 
Rediffusion yang terletak di Jalan Pahang ketika itu.  Proses dubbing skrip drama TV yang  aku hasilkan dilakukan di sini.  Pengarahnya En Kamal Ishak menjemput aku menyaksikan sendiri bagaimana proses dubbing dilakukan.. sekarang bangunan ni dah tak ada lagi.. dan digantikan dengan Hotel Grand Season..hehehe..berapa lama ini cerita daaa..



No comments:

Post a Comment