ISNIN.
26/11/2012
Yuhuu..cerita durian lah lagi.
Memang tengah musim durian pun kan. Apalagi cerita durian lah..tapi kali
ni cerita tentang durian crepe pulak. Memang durian crepe tengah hot
sekarang ni. Ronda la kat mana-mana blog masak semua ada resepi dan juga
cerita durian crepe. Aku sendiri tak tahu sapa yang mula mencipta resepi
ni. Tetiba saja meletupp..
Macam-macam warna yang ada.
Kuning....kuning oren..hijau bla..bla..bla..Apapun warna dia, durian crepe ni memang
sangat-sangat sedap. Lepas makan satu nak lagi satu. Lagi dan lagi..
Apalagi kena pulak yang hantu durian macam aku ni. Memang pantang tengok.
Baz memang tak makan pun. Tengok
jer..sentuh pun tidak. Suami?? Errmm dia makan jugak tapi tak boleh lawan
aku.
Hari ni bawa testing kat ofis.
Bos kata sedap. Hehehehe..bos ni kalau sedap order lah. Beli untuk
dua rumah..baru adil kan.
Ni lah dia durian crepe. Sesuai
untuk penggemar durian yang ingin mencari kelainan. Ialah selain dari
buat pengat..buat kek..maka yang ni memang boleh layannnn. Nak rasa?? Kena order
lah…