...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, June 26, 2013

LAGI BUKU MOTIVASI YANG MENARIK…

RABU. 26/6/2013
Mesti ada yang kata kenapalah asyik dok cerita tentang buku motivasi jer.  Semalam pun tentang motivasi.  Ni pun sama lah jugak.. dah tak der citer lain ker nak tulis.. huhuhuu..kesian.
Kebetulan minggu ni aku banyak membaca.  Tapi ni antara buku yang menarik untuk dikongsi.  Kalau setakat novel tu tu memang dah tahu ending dia cam mana.  Kalau tak hero/heroin mati.. depa hidup bahagia.. tu saja.  Kalau dah berpisah akan bertemu… bla..bla..bla..
Buku KUASAI PEMASARAN, RAHSIA MENARIK PELANGGAN ini dihasilkan dari  lanjutan siri Klinik Usahawan & Perniagaan Dr Azizan sendiri.  Membaca buku ni menjadikan kita semakin leka untuk mengetahui lebih lanjut lagi.  Dari muka surat pertama hingga seterusnya..  
 Seperti kata penulis dibahagian belakang buku ini : Matlamat buku ini adalah untuk memberi jalan penyelesaian kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk menguasai pemasaran.  Awas.. membaca buku ini ibarat mencuri rahsia emas para jutawan dengan cara halal.
Ia adalah maklumat yang dikongsi oleh individu yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan, mempunyai 16 jenis bisnes sehingga hari ini serta cukup dikenali sebagai mentor pemasaran nombor 1 Malaysia.
Kalau ada kelapangan bolehlah membaca buku ini.  Kerana sesiapa pun boleh menjadi kaya dan berjaya.  Yang penting kena rajin berusaha..
Hahaha.. ini pun tip motivasi jugakkk....


Tuesday, June 25, 2013

WHY WE WANT YOU TO BE RICH…

SELASA. 25/6/2013
Minggu lepas sewaktu meronda-ronda kat POPULAR ternampak buku ni. Why We Want You To Be Rich. Dia tersenarai antara buku yang laris terjual di POPULAR.  Macam menarik.  Belek sekejap.  Owwhh..edisi Bahasa Malaysia. Terus beli.
Lama juga aku tak beli buku motivasi sebegini.  Yang banyak cuma novel.  Dan kadang-kadang terbeli juga novel remaja.  Hehehehe..remaja lah sangat!..  Bukan apa seronok ikuti perkembangan novel remaja terkini.  Tapi gaya bahasa amat berbeza dengan novel remaja ketika dulu.. Ialah zaman semakin berubah..kena ikuti peredaran zaman..tapi tetap menarik dan penuh emosi.  Sesekali layan lah jugak..
Why We Want You To Be Rich ditulis oleh Donald  Trump dan Robert  Kiyosaki.  Dan semua tahu sebelum ini Robert Kiyosaki pernah menghasilkan buku RICH DAD POOR DAD yang mendapat sambutan diluar jangkauan.  Gabungan mereka telah menghasilkan sebuah tulisan yang penuh bertenaga dan mengeluarkan aura kejayaan tersendiri.
Seperti tulisan mereka dibelakang buku :” Donald Trump dan Robert Kiyosaki tidak akan memberi wang kepada kita sekalipun kita membeli buku ini.  Tetapi, mereka akan kongsikan ilmu kewangan membantu kita menjana lebih banyak wang.  Berikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari.  Ajarkan orang itu memancing, dia dapat mencari makan sepanjang hayatnya.” 
Memang menarik buku ni.  Buku motivasi yang sarat dengan ilmu.  Tak rugi membeli dan berbaloi membaca….
Teringat aku pada satu petikan dalam buku RICH DAD POOR DAD.. “ Dalam dunia sebenar, bukan orang pandai yang tampil ke hadapan, tapi mereka yang berani”.
Peluang yang ada perlu di rebut. Dan peluang itu semakin hampir untuk dicapai.  Sama ada berjaya atau tidak itu yang bermain di ruang fikir.  Ah! yang berani akan tampil kehadapan.  Semoga lebih kaya dan berjaya. Amin...


mesti baca....



Monday, June 24, 2013

TENGOK WAYANG : MAN OF STEEL ...FILEM SUPERMAN


ISNIN. 24/6/2013

Semalam ke Seremban melawat Baz.  Kebetulan dia ada outing.  Jadi bawa dia sekali makan-makan dan jalan-jalan.  Owhhh.. jerebu punyalah teruknya.  Jadi kami ronda dalam kawasan shopping komplek saja.

Mana lagi nak hala ni.. last sekali tengok wayanglah.  Lagi pun lama jugak tak tengok wayang. Lepak dalam panggung sambil makan pop-corn.  Kalau cerita tak menarik..boleh layan tidooo…huhuhuu.

Nasib agak baik.  Masih ada tiket untuk tayangan  Man Of Steel.  Cerita agak menarik…penuh aksi.  Jadi boleh layan sampai habis.

Bagi akulah filem Man of Steel memang menarik dan begitu menakjubkan. Samaada dari segi jalan cerita mahupun teknologi grafik. Permulaan cerita ini menyaksikan pergelutan dan kemelut di Planet Krypton antara general Zod dan Jor-El. Apa yang menyebabkan pergelutan tersebut? Dan apa pula tujuan Jor-El menghantar anaknya ke bumi? Untuk mengelakkan anaknya dibunuh Zod? Atau mungkin ada sebab-sebab tertentu yang lain seperti penaklukan bumi secara terancang?

Sejujurnya, jalan cerita Man of Steel bukanlah ditulis dengan membayangkan kanak-kanak sebagai penonton, sebaliknya cerita ini ditulis supaya kelihatan logik dan sesuai dengan orang dewasa. Sebab itulah di dalam cerita ini sut Superman tidak mempunyai seluar dalam dan sut tersebut memang dihasilkan khas dari Planet Krypton.

Huhu..malas dah nak tulis panjang-panjang.  Sesiapa yang berminat boleh tengok kat pawagam sekarang.. Confirm tak boring.



antara aksi...
general Zod


tiket dah ada.. jom masuk


jerebu yang teruk..sepanjang jalan ke Seremban..

ni lagi....

Friday, June 21, 2013

SIRI JJCM : IKAN BAKAR JERAM

JUMAAT. 21/6/2013
 Masih cerita makan dan masih juga di kawasan Kuala Selangor.  Kali ni makan malam la pulak.  Ikan Bakar Pantai Jeram.  Pertama kali aku datang sini.  Sebelum ni cuma dengar cerita..dan cari kat pakcik google.. nampak macam best jer.  Kebetulan masih dalam suasana cuti sekolah, inilah masanya.  Bawa Baz makan.  lepas ni dia dah nak balik asrama. 
Tempat memang menarik.. tepi laut.  Pemandangan waktu senja sangat-sangat lah cantiknya.  Sewaktu sampai orang memang dah ramai.  Meja hampir penuh.  Jumpalah juga meja kosong. Pilih ikan dulu untuk masak yang kita nak. Dia akan bagi no. meja.. Hehehe.. depa ni semua siap guna walkie talkie bagai.  Maklum lah kawasan luas…
Kalau dah orang ramai berkerumun.. memanglah order lambat sampai.  Lamalah sangat menunggu.  Air pun dah nak abis.. Bab ni kena sabar.  Sabar menunggu.. Dan akhirnya sampai lah juga…
Masakan sedap.  Lain kali boleh datang lagi…

 menunggu senja berlabuh…indahnya ciptaan Tuhan
menu pilihan...…
lagi..
kapla jer yang tinggal..
sempat lagi..
wahh.. posing sakan.. sementara menunggu order sampai..…

Thursday, June 20, 2013

SIRI JJCM : CENDOL DURIAN BORHAN…

KHAMIS. 20/6/2013.
Ni kisah JJCM aku sewaktu cuti sekolah hari tu.  Banyak sebenarnya acara makan-makan kami sekeluarga.  Tapi tak sempat nak tulis.. maklumla sibuk dengan aktiviti yang macam-macam. Rupanya banyak lagi gambar JJCM kami yang aku tak publish kat sini. 
Kebetulan hari tu ada undangan perkahwinan kawan suamiku di Sungai Besar, Selangor.  Kamai jarang ke sana.  Jadi kesempatan itu digunakan untuk mencuba cendol durian Borhan yang popular (selain dari cendol Bakar).  Memang dah plan awal lagi kalau pi majlis perkahwinan akan singgah makan cendol durian Borhan.  Wahh.. tertunailah jugak hajat..
Cendol Durian Borhan berada di  tepi jalan besar daerah Kuala Selangor..  Memang tak susah pun nak cari.  Dari jauh dah nampak signboard dia.  Huhu.. lepas balik kenduri mesti terkamm.
Orang agak ramai sewaktu kami sampai.  Kat situ cuma ada cendol durian (campurlah ngan pulut/kacang/tapai/jagung) terpulang kalau kita nak cendol durian campur dengan apa pun.  Ada juga laksa.  Tapi aku tak order pun sebabnya dah kenyang makan kenduri.  Ada juga jual produk kampung kat sebelah cendol Borhan tu.  Sayuran kampong, kerepek dan macam-macam.
Memang aku puji sangat-sangat.  Cendol durian Borhan memang sedap.  Mangkuk dia besar.  Lemak manis memang terasa.  Durian pun banyak dia letak. Dan dia merupakan pesaing kepada cendol Bakar yang popular tu (semasa aku menulis entry ni Cendol Bakar yang popular telah ditutup untuk sementara waktu).  Rupanya dah banyak cawangan cendol durian Borhan ni.  Cuma aku yang tak tahu…
Dalam perjalanan balik sempat juga singgah beli karipap gergasi kat area situ.  Kedudukan tepi jalan dan tak jauh dari Cendol Bakar.  Rasa memang sedaplah.   Inti nya cuma ayam dan daging …dan tersangatlah besaq gedabak.  Itu sebab dipanggil karipap gergasi…Tapi tak abis makan maaa…..


aku suka pemandangan kat sini.. tenang 


antara jalan menuju rumah pengantin..


yuhuuu.. dah sampai.. apalagi terjahhh


penghilang dahaga.. cendol durian jagung+kacang
yang satu lagi tu cendol durian pulut+kacang

dah selesai... sekejap jer..
 
ni antara cawangan yang dia ada.. aku rasa banyak lagi kot
tapi ini jer yg dapat aku snap..


tadaaaaaa... karipap gergasi.. besaq gedabak..
aku syorkan kalu makan karipap ni perut mesti kosong..
kalau tidak tak abis makan maaaaa..

Tuesday, June 18, 2013

SEMINAR ADVANCED FESBUK POWER….MEMANG BETUL-BETUL POWER

SELASA .18/6/2013
Minta maaf yer pada silent reader yang selalu ikuti blog aku. Agaknya heran dah.. kenapa lah lama sangat aku tak update blog ni.. kenapa yer lama sangat biar bersarang jer.  Usang jer kan…Tak berseri langsung.
Aku sebenarnya sibuk.  Alahai.. jawapan tu jer yang ada kan.  Sibuk..sibuk dan sibuk.  Ialah.. pagi sampai petang kat ofis.. sampai rumah dah nak malam.. banyak benda yang perlu aku uruskan sejak akhir-akhir ini . Itu saja.  Itu pun tak termasuk projek untuk bulan puasa ni.. Apalagi kalu bukan ketupat palas…
Sabtu dan Ahad lepas aku hadiri Seminar Advanced Fesbuk Power di Bangunan MCA Jalan Ampang anjuran Richworks dikelolakan sepenuhnya oleh Bryan Gan.  Huhh.. memang seronok dan sangat-sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.  Macam-macam ilmu marketing dan dan tip yang di curahkan.
Penatlah jugak.  Apa tidaknya.  Hari sabtu saja bermula dari 9 pagi dan selesai 10.30 malam.  Dan bersambung pula pada hari ahad sehingga 6.30 petang.  Tapi untuk mendapat ilmu pengorbanan itu perlu.  Tak kira dari segi apa pun.  Wang ringgit.. tenaga dan masa. 
Produk bakal ada (kira dalam proses lahh..) marketing dah sedia.. dan target customer???  Huhh..itu yang aku pelajari sepanjang dua hari. Harap-harap akan meletup di pasaran. Apa pun selepas ini aku perlu bekerja lebih keras lagi untuk mencapai sebuah impian.  Semoga Tuhan merestui segala apa yang aku lakukan. Insyaallah…



ni group aku Power Girl....diantara 20 group yang ada..
sempat juga menyelit sebelah Bryan Gan..

Tuesday, June 4, 2013

SEMINAR HIDUP LUAR BIASA…

SELASA. 4/6/2013
Ni cerita hari sabtu lepas.  Pagi lagi dah terpacak kat Wisma MCA Jalan Ampang sebabnya ada Seminar Hidup Luar Biasa kat situ.  Percuma beb.. Ia anjuran Richworks dan tentunya Dr Azizan Osman yang ada.  Memang best.. best sangat-sangat.
Hehe.. dicelah-celah ramainya manusia kat Wisma MCA tu aku ternampak dua tiga orang yang aku kenali.  Semuanya  dari tempat kerja aku lah.. Owwhh.. En Fikri pun ada..Harap-harap mereka tak nampak aku!..
Sebenarnya aku mengikuti segala seminar anjuran Richworks ni sejak tahun lepas lagi.  Dan aku akui memang terbaiklah.  Ilmu, motivasi dan segala macam yang ada dikongsi bersama.  Setiap seminar mendapat sambutan yang menggalakkan.  Memang penuh sesak.
Pahit getir Dr Azizan semasa susah turut dikongsi.  Bagaimana dia bangkit dari kejatuhan.  Dia bermula dari bawah.. dan akhirnya berada pada tahap sepertimana sekarang.  Itu yang membakar semangat… Diselitkan juga Afdlin Shauki yang menceritakan pengalaman beliau.
Seperti kata Dr Azizan Seminar ni untuk  ORANG BIASA-BIASA  yang ingin belajar bagaimana untuk HIDUP LUAR BIASA BAHAGIA, LUAR BIASA SIHAT, LUAR BIASA KAYA, LUAR BIASA BERJAYA dan LUAR BIASA BERKAT.
5 prinsip yang MESTI ada : 
M -  Matlamat
E -  Elmu
S -  Sikap
T - Tindakan
I  - Impian
Semoga aku juga akan mencapai HIDUP YANG LEBIH LUAR BIASA.  Semoga Tuhan merestui perjalanan hidupku dan dipermudahkan segala urusan.  Amin. 

ni saja gambar yang ada...
ada orang kata nanti bila dah HIDUP LUAR BIASA
gelang tu dah naik paras lengan..Aminnn..