...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, May 21, 2013

AWAK KALAU SENYUM MESTI CANTIK KAN...

SELASA. 21/5/2013
Cuti hari ni.  Banyak urusan peribadi nak buat.  Kena berurusan dengan jabatan kerajaan..bank dan ada temujanji dengan seseorang.  Temujanji ni memang penting.  Penting sangat-sangat...

Aku tak nak lah cerita pasal temujanji.  Tapi nak sentuh sikit tentang urusan aku di sebuah kaunter kerajaan.  Aku sampai situ lebihh kurang 9.45 pagi.  Amik borang..penuhkan dan kemudian ambil nombor giliran.

Baru nak duduk nombor giliran dah dipanggil.

Assalamualaikum puan.

Errmm.. bagi kad pengenalan.  Tanpa menjawap salam aku dan memberi ucapan selamat pagi pun....  Huhuhuu (atau mungkin aku tak dengar kot..atau dia jawap dalam hati)


Nama ni dah banyak orang guna lah.  Isshh.. tak der nama lain ker nak taruk??

Lorrr.. mana saya tahu puan.  Apa cadangan puan?  Nak letak apa yer..? penuh jujur aku meminta pendapat.

Nah tulis dua tiga nama kat sini..Kalau tak ada dalam sistem baru boleh.

Huuhh..agaknya jiwa dia tengah kacau kot.  Mood kerja semakin kurengg.  Apalagi umur pun mungkin dah dekat-dekat nak pencen.  Alahaii.. kesian aku tengok.  Muka penuh stress...

Selesailah jugak urusan kat kauter tu.  Sebelum beredar aku sempat ucapkan terima kasih. Dengan harapan dia dapat senyum.  Malangnya sangkaan aku meleset.  

Mahu saja aku lontarkan perkataan ini.."puan alangkah baiknya kalau melontarkan senyuman pada pelanggan.  Puan akan lebih cantik kalau senyum.. tak gitu???"





Sunday, May 19, 2013

SEMINAR KOMBO (REVOLUSI FESBUK POWER & WANG POWER)

AHAD. 19/5/2013
Hari ni penat sikit.  Pagi lagi dah menuju ke Shah Alam.  Ada seminar Kombo (Revolusi Fesbuk Power dan Wang Power anjuran Richworks.  Seminar bermula 8.30 pagi hingga 6 petang di De Palma Hotel Shah Alam..Tahun lepas pun aku dah pernah hadiri seminar ni..almaklumlah free kan..lagi pun majlis anjuran Dr Azizan memang menarik dan sentiasa mendapat sambutan. Memang telah aku duga..sambutan diluar dugaan.  tempat duduk penuh.  Ada yang lepak di karpet dalam dan luar dewan.  



Sebelum majis bermula Dr Azizan sempat berucap.  Huhh..tak sangka dia datang.  Biarpun sekejap tapi amat bermakna..Dewan riuh rendah bila Dr Azizan muncul..memang hebat.

Memang aku akui majlis ilmu ini memang betul-betul power.  Bagaimana nak meledak jualan di facebook.  Testimoni dari mereka yang dah berjaya menyemarakkan lagi semangat.  Bagi sesiapa yang belum pergi dan ada kelapangan cubalah hadiri seminar ni.  memang besttt..

 tag tangan..abaikan gelang fesyen lama tuu...
Untuk seminar yang akan datang Advance Fesbuk Power aku telah pun mendaftar. Ianya akan berlangsung pada pertengahan Jun nanti selama dua hari. Selepas diskaun dapat lah RM2499 untuk keseluruhan seminar Advance Fesbuk Power selama dua hari nanti. Aku rasa memang sangat berbaloi dengan pelaburan yang sedikit ini jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal kita perolehi..  


dah register..jumpa di sana nanti...


buku dari siri klinik usahawan & perniagaan Dr Azizan Osman
Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan..yang sempat aku beli 



Saturday, May 18, 2013

AWAK DAH BERSARA KER..

SABTU.18/5/2013
Lama aku tak ber update kat sini.  Lepas PRU 13 hari tu terus sunyi sepi.  Ada yang tanya merajuk ker.. Isshh  apa pula merajuknya.  Zaman sekarang orang dah tak merajuk lagi dah.  Orang suka buat dunoo (betul ker ejaan aku nih) jer..haha..iyer ke tu??
Abih kalau tak  merajuk kenapa lama sangat nak up date blog?? 
Aku sibuklah..
Eleehh..alasan..
Semalam ada juga bertanya. Awak dah bersara ker???  Huhuhu..
Okey.. tunggu..aku akan kembali bersiaran.
Sebenarnya dalam sibuk-sibuk tu sempat lah jugak buat mee rebus.  Aku memang suka makan mee rebus Baidali kat Plaza Damas.  Mee rebus tu memang popular sangat.  Rupanya taukeh tu anak kepada Hj Wahid yang memang terkenal dengan mee rebus di johor.

Bila dah selalu makan dah tahu rasa..mula timbul keinginan nak buat sendiri.  Haahh.. menjadi rupanya.  Yang makan kata rasanya lebih kurang sama dengan mee rebus Baidali tu..sedap..mahunya tak sedap siap dengan keropok tepung sekali!!!..kruk..krakk..krukk krakk.... Inilah hasilnya... tadaaaaaa....






Tuesday, May 7, 2013

PRU13 .. YANG MENANG GUMBIRA.. YANG KALAH MASIH ADA MASA..

SELASA. 7/5/2013
PRU13 dah pun tamat.  Keputusan telah pun diumumkan.  Cuma aku yang lewat update blog ni.. Semua telah tahu sapa yang memerintah untuk tempoh 5 tahun lagi… Huhuhuu..lama tuhh.
Pada yang menang tahniah.  Tak kiralah menang dengan cara apa sekali pun. Yang penting menangkann  Pada yang tidak berjaya..rasanya masih ada ruang dan peluang.  Barangkali rezeki belum ada.  Semua itu ketentuan Tuhan kerana dia lebih mengetahui.  Keputusan kali ini pun sudah menunjukkan isyarat yang amat jelas… Ruang dan peluang masih terbuka..
Aku harap selepas ini tidak akan ada kenaikan harga petrol.. harga barang.. dan segala macam harga lagi.  Kerana bagi yang menang itu..sebarang kenaikan tidak akan menjejaskan apa-apa pun.. mereka tetap gumbira..dan terus gumbira…

                                bila jari dicalit dakwat..tandanya aku dah pun mengundi..
                                                                              

   yang ni aku copy dari sebuah blog politik yang selalu aku baca...

Sunday, May 5, 2013

PRU 13 .. SELAMAT MENGUNDI..

AHAD. 5/5/2013

Selamat mengundi buat semua warganegara Malaysia yang mendaftar dan layak untuk mengundi.  Rakyat berkuasa untuk menentukan yang terbaik dan bukan terbalik… Kuasa ditangan rakyat.  Apalagi joma pakat keluar mengundi.. jangan lupa bawa kad pengenalan..  INIKALILAHHHHHH…..



Saturday, May 4, 2013

PRU 13 …BORAK KOSONG MENJELANG HARI MENGUNDI ..


SABTU. 4/5/2013
Ada yang tanya kenapa sejak akhir-akhir ni aku jarang update blog.  Sibuk sangat ker??..Owwhh..sibuklah sangat kan..  Sebenarnya aku malas nak update.  Cerita ada...  tapi mood hilang..isshh  teruknya..

Semenjak dua menjak ni aku lebih suka BW kat blog-blog politik yang bersepah.  Baca apa yang patut.. menilai apa yang perlu.  Nak harapkan media arus perdana…memang berat sebelah.  Boleh jadi keliru dan haru biruu..

Bos aku sibuk membantu berkempen untuk Parlimen Wangsa Maju.  Selalu juga dia bagi ceramah kat area sana.  Sambutan??  Memang penuh sesak.  Dan seorang ex-bos aku juga sibuk menolong calaun di Parlimen Pandan.  Dia selalu berulang alik dari Terengganu ke KL semata-mata untuk berkempen.  Pernah seorang kawan beritahu nampak dia semasa hari penamaan calun tempohari.  Cuma tak sempat nak amik gambar…

Esok (tinggal beberapa jam saja lagi ke jam 8) kita semua akan menunaikan tanggungjawab.  Aku mengundi di Parlimen Batu.  Sementara suamiku pula mengundi di Parlimen Segambut.  Lepas mengundi kami akan ke Seremban melawat Baz…Dia tak berapa sihat.. batuk dan selsema..

Ni antara beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa balik kampung baru-baru ni..Memang meriah.. Banyak sebenarnya..tapi aku dah tak larat nak upload.. Layann..

antara yang kreatif..bukan senang nak panjat traffic light..



kat Sungai Dua..

  DUN Penaga

  lagi... 

dan lagi....