...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Sunday, March 24, 2013

JAUH DI MATA…DI HATI TETAP ADA..


AHAD. 24/3/2013

Aku teringat pada pertemuan jumaat lepas.  Segalanya berlaku tidak dirancang. Seorang kawan lama menghantar sms untuk berjumpa.  Alangkah!!.. rupanya dia dah pun buat temujanji dengan seorang teman sepejabat tanpa pengetahuan aku..

Jadi ker keluar lunch nanti??

Isshhh jadilah.  Bila lah lag kan..

Nanti tunggu kat lobby.  I datang amik..

Waahh.. bestnyer..

Seperti yang dijanjikan..dia datang tepat pada waktunya.  Kami bersalam dan berpeluk mesra. Rindu memang ada..

Waahhh.. kereta pun dah baru errkk… aku mengusik mesra.

Rezeki dari tuhan.  Dia membalas pendek.

 akhirnya...

Akhirnya kami lunch di Hilton KL Sentral.  Banyak cerita yang kami bualkan. Dari kerjaya hari ini hinggalah pada cerita silam yang menyentuh perasaan.   Dia pun dah banyak berubah sekarang.  Barangkali banyak muhasabah diri dan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan. 

ice lemon tea yang sangat sedappp.. 




  makan dan makan..diet tolak tepi dulu... 
terima kasih daun keladi..ada masa boleh jumpalah lagi...

Apapun situasi dia sekarang aku amat bangga dengan pencapaiannya.  Berkat kerja keras dan tidak mudah berputus asa dia berada di tahap sepertimana sekarang.  Itu tidak dihitung segala pedih duka yang pernah dialami satu ketika dulu.  Dan.. kalaulah dihitung….  arrghhh sukarnya untuk mentafsir.

  makan..borak..ahakkss leka sungguh mama yu dengar cerita

Sebenarnya aku minta izin darinya untuk menulis cerita dan menyiarkan gambar kami di sini. Tulislah katanya.  Terima kasih kerana dia juga merupakan salah seorang pembaca blog aku.
apa ada pada nama... tapi huruf AHY tu benar-benar memberi makna
singkatan dari nama sebenar...huhuhuu..kau ada????

Aku akui memang kami jarang berhubung.  Cuma sesekali bertanya khabar menerusi email.  Itu saja.  Walau jauh dimata..tapi dihati tetap ada.  Dan aku percaya bahawa sesungguhnya doa orang yang terinaya itu lambat laun dimakbulkan tuhan.  Selebihnya hanya tuhan yang maha mengetahui.  Siapalah kita untuk menghukum. Wallahualam….

2 comments:

  1. wow....puan ala..nmpk makin bergaya dgn BMW nya..congrats to her...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. KLia, BM tu? lama x dngr cter Cik Ala..nnt sy call Klia yer..nxt time jumpa dia ..kt mmbr lama kirim slm.

    ReplyDelete