...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Monday, March 11, 2013

HKK 2013 – SURATAN ATAU KEBETULAN...

ISNIN. 10/3/201

Waktu yang terluang sabtu lalu membawa aku ke Komplek Kraf Jalan Conlay. Ada hari Kraf Kebangsaan (HKK).  Pagi lagi dah sampai.  Errmmm..ingat kan aku antara yang terawal..tapi ramai lagi yang datang lebih awal.  Parkir dah pun penuh.  Cuma yang ada berhampiran Prince Court.



 antara barangan kraf yang dijual... canti-cantik

Selalunya tiap kali HKK diadakan aku akan hadir.  Banyak yang boleh dibeli.  Dari batik, songket sehinggalah produk kraf seperti mengkuang, buluh, labu sayong dan banyak lagi.  Itu belum lagi demo masakan

                        
                                                  
tradisional... tenun dan tekat..


Sebenarnya dua tahun lepas aku pernah dijemput untuk demo membuat ketupat palas di HKK yang berlangsung pada bulan puasa.  Namun kesibukkan yang melanda dan masa yang amat terhad aku terpaksa menolak.  Argghh..bukan senang nak dapat tempat di situ..secara tak langsung boleh juga mempromosi ketupat palas aku.. tak per lain kali mungkin!..

yang ni kuih bahulu bakar guna arang..


Boleh duduk kat sini??

Duduklah.  Dia cuma memerhatikan aku.  Aku senyum.  Dan dia membalas senyuman itu. 

Mesra.

Kalau tak silap awak ni… kan?

Aku menatap wajahnya.  Lama.  Dia senyum lagi.

Laaa.. tak ingatlah tu.

Siapa erkk..?? maklum dah tua.  Ingatan makin berkurang..

Non laaa.. Ni Zainon. Suaranya mesranya masih seperti dulu.  Cuma sekarang dia lebih cantik setelah bertudung.

Ehh.. Non yang duduk kat Selayang baru tu kan.  Jalan 11 errkk…

Yaa.. yang tulah.  

Kami bersalam dan berpelukan. Lama sungguh tak jumpa.  Aku pun dah hampir-hampir lupa pada dia.  Apa tidaknya..inilah pertemuan pertama kami setelah hampir 25 tahun kami tidak bersua muka.  Satu jarak waktu yang panjang.  Dulu sewaktu aku menyewa di Selayang baru dia merupakan jiran dan kawan baik aku.  Kami terputus hubungan bilamana aku berpindah ke Taman Koperasi Polis…  Sejak itu adalah dua kali kami berjumpa dan terus terputus hubungan.
masih tidak berubah...mesra macam dulu juga walau hampir 25 tahun tidak berjumpa.  Cuma aku yang ingat-ingat lupa.. Zainon.. Ada masa kita jumpa lagi..


Masih menulis lagi???  Dia bertanya setelah confirm aku adalah orangnya.  Aku juga tidak menyangka soalan itu yang ditanya.  Rupanya dia antara peminat tulisan aku..

Ada juga, tapi tidak sekerap dulu.  Nak kata kadang-kadang pun payah… nak kata jarang-jarang pun susah.  Aku mengaku penuh jujur.

Sayangg.. bakat yang ada tidak diteruskan.  Harap-harap tidak berkubur begitu saja.

Insyaalah.. tapi aku tak janji.

Dia senyum.  Lekuk lesung pipit dipipinya jelas kelihatan.

Banyak yang kami bualkan.  Dari kisah silam hinggalah ke kisah hari ini.  Sememangnya pertemuan itu adalah sesuatu yang tidak di duga!  Kebetulan.  Dan inilah suratan takdir..setelah  25 tahun!!!..

No comments:

Post a Comment