...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, September 4, 2012

KETUPAT PALAS CHOMBIE…(Bhg I)




SELASA. 4/9/2012

Hari ni nak cerita pasal ketupat palaslah.  Syawal pun dah nak habis.  Ni lah janji aku hari tu..nak tulis tentang projek aku sepanjang Ramadhan.  Haaa.. inilah projek aku sempena Ramadhan lepas.  Kali ni besar-besaran kerana tempahan meningkat berganda.. Syukur.. rezeki namanya. Huhh.. dugaan kali ni memang hebat.  Kena tahan fizikal dan mental.  Alahai mental yang teruk.  Teruk dengan karenah dan cakap orang yang entah apa-apa.  Dengki sebenarnya tu.  Tak puas hati...  Maka lahirlah umpatan dan cakap-cakap yang tak serupa bikin.  Ah biarlah.  Lama mana sangat nak berkeriau.. lama-lama sengaplah tu. Kita kalau nak berjaya tak boleh dengar cakap-cakap yang tak serupa bikin ni.  Ah.. tak payah nak layan.  Biarkan.. huhuhuuu.  Katalah nak kata apa pun.. aku macam nilah jugak. Lagi banyak umpatan lagi banyak rezeki yang aku dapat.  Syukur padaNya. Yang lalat..langau dok mengiang-ngiang tu biarkan saja.  Sembur jer ngan ridsect…wakakakkaa..

Apapun terima kasih yang tidak terhingga buat emak dan abah yang banyak menyokong dan mendorong aku dalam menghasilkan ketupat palas sepanjang Ramadhan. Tidak terbalas segala budi baik itu..hanya Tuhan yang tahu betapa aku terlalu menghargainya.  Maka betullah kata orang kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban nyawa..dan kasih saudara entah apa-apa…Juga buat suami yang setia menjadi despatch antar ketupat pada customer dan juga kepasar membeli segala macam bahan mentah. Terima kasih segalanya… Tanpa mereka aku tidak sampai kemana…

Ishhhh.. dok melalut la pulak.  Sebelum cerita pasal ketupat palas kita tengok macam mana rupa pokok palas dan sedikit cerita tentang pokok palas.  Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga palma. Boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian sehingga 15 kaki.Pokok palas senang dijumpai tumbuh di Malaysia terutamanya di kawasan yang agak lembab dan berpaya.Ia merupakan sejenis palma yang tumbuh berumpun. Batang palas mempunyai duri yang tajam. Daunnya mempunyai lidi atau tulang belakang daun. Buahnya kecil,tersusun pada tangkainya yang panjang, berwarna hijau ketika muda dan menjadi jingga atau oren apabila masak.Ia boleh membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih.Tumbuhan ini memerlukan tempat yang agak redup dan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan sempurna


Pokok palas begitu sinonim dengan masyarakat melayu kerana pucuknya yang digunakan untuk membungkus ketupat . Ketupat palas atau ketupat pulut merupakan makanan tradisi masyarakat melayu dan disediakan untuk menyambut hari raya terutamanya bagi penduduk di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Cuma bezanya di pantai timur rasa ketupat lebih manis dari ketupat buatan orang utara.  Kerana aku buat ketupat palas lemak masin dan cukup rasa.

Haaa.. dah tau pun tentang cerita pokok palas… nanti esok lusa aku cuba cerita tentang proses macam mana nak buat ketupat palas pulakk.. tunggu errkk.

Sebenarnya seronok nak bekongsi cerita di sini kerana ramai juga pembaca blog aku yang gemar makan ketupat palas.  Sesungguhnya rezeki yang datang itu pemberian Tuhan dan aku pun tidak menjangka sambutan diluar jangkauan.  Syukur.


                                                       ni lah rupanya pokok palas....


No comments:

Post a Comment