RABU. 12/9/2012
Seperti
dijanjikan hari ni aku nak cerita juga tentang cara nak buat ketupat
palas. Memang best .. Nak
buat ketupat palas ni bukannya mudah.
Kena ada seni dia tersendiri.. hehehe..seni membalut tuu. Lagi satu kena sabar sebab ianya agak
cerewet.
Sebelum
apa-apa daun palas kena buka dulu buat kelongsong kosong. Ni proses yang tak berapa rumit sangat bagi
orang yang dah biasa dan mahir. Tapi
bagi yang baru nak belajar memang payah ler.. Sebab tu aku payah nak gajikan
indon sebab kena ajar depa A to Z..
Lagipun aku ni tak pandai nak mengajar.
Mau kena ketuk jer tangan tu kalu tak reti-reti..
Pulut
kena masak dengan santan dulu. Macam
kita masak nasi tuu. Sebelum tu beras
pulut kena basuh bersih-bersih. Basuh
sampai jernih air dia. Itu petua orang
tua-tua sebab nak elakkan ketupat cepat basi.
Bila pulut dah masak.. baru lah kita balut/bungkus dalam daun palas.
Bab
membalut ketupat ni memang seronok.
Masuk jer pulut kat dalam kelongsong ketupat tadi, balut kemas-kemas dan
tarik kejap-kejap. Ini bagi mengelakkan
pulut keluar dan air masuk ke dalam pulut sewaktu proses merebus nanti. Dah selesai..
Siap semua boleh la rebus supaya betul-betul masak… Dah boleh makan dan
hidang ngan rendang atau serunding. Tak
kira sama ada rendang daging atau ayam.
Kalu kat kampung emak selalu masak kari daging pekat yang dipotong
kecil-kecil. Makan ngan ketupat palas..
peerrghh meriahhh.
Tu
lah alkisahnya macam mana nak buat ketupat palas yang cukup berseni dan rumit
dengan segala macam pantang larang dan petua.
Dan aku selalunya mengikut segala petua dan pantang larang yang emak
beritahu itu. Dan hasilnya.. aku dah
boleh tersenyum kerana saban tahun ketupat aku mula dikenali dan digemari.
Ramadhan
tahun ini pula dah mula dijual di Tesco Ampang dan juga bazaar Ramadhan MARA di
KL. Selebihnya adalah beberapa buah
hotel dan juga tokey katering yang mengambil untuk Buffet Ramadhan di sekitar KL dan Selangor. Dan yang paling seronok bagi yang pertama kali membeli.. pasti akan menghantar "Compliment" memuji...
Rezeki sebenarnya
anugerah dari Maha Esa. Dan rezeki yang
ada itu harus dikongsi supaya ia menjadi lebih berkat. Semoga aku sentiasa mendapat keberkatan
dariNya..
kelongsong dia... kena buat kelongsonh dulu sebelum letak pulut
ni pun sama jugak...
dah siap balut..tapi belum masak lagi...
dah siap masak pun....
taraaa... KETUPAT PALAS CHOMBIE.. makan ngan rendang..nyum..nyummm
Selamat sejahtera,
ReplyDeleteSaya Hafiz daripada Sudu Emas Management & Services Sdn. Bhd. Kami ingin menerbitkan majalah yang diberi nama Halal Pavilion. Justeru, kami ingin menggunakan sekeping gambar (ketupat palas) daripada blog puan. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar puan dapat memberikan alamat email serta alamat surat menyurat puan kepada kami agar kami dapat memberikan surat permohonan untuk menggunakan gambar dalam blog puan. Sebarang syarat atau peraturan dalam penggunaan gambar tersebut diharap dapat dinyatakan dalam maklum balas puan. Jika pihak puan tidak memberi maklum balas terhadap komen ini dalam tempoh 14 hari, kami akan menganggap ia sebagai ‘tacit approval’ atau kelulusan tersirat bagi kami untuk terus menggunakan gambar daripada blog puan tanpa sebarang halangan. Sekian terima kasih. Hafiz Tel: 06-9520479 Fax: 06-9531878 email: halalpavilion.editorial@gmail.com