JUMAAT. 31/8/2012
Selamat hari kemerdekaan
yang ke 55. Merdeka..merdeka..merdeka..
Hari ni cuti. Sibuk sikit.
Pagi lagi dah antar ketupat kat customer. Ramai yang buat open house sempena Syawal
ni.. tu pasal aku masih sibuk lagi membuat dan menghantar ketupat palas bila
ada order. Lepas raya order memang
ada. Boleh dikatakan setiap hari. Tapi bertambah lagi bila hujung minggu. Syukur..rezeki namanya.
Selesai semua aku dan suami
menuju pula ke Kuala Selangor. Ambil
daun palas dari supplier di sana. Selalunya
aku ambil dari dia di pasar tani jer..tapi dah kehabisan daun maka aku terpaksa
juga bergegas ke Kuala Selangor. Janji nak
jumpa depan TESCO Kuala Selangor jam 11 pagi.. Tak lama menunggu supplier pun
sampai.
Dalam perjalanan menuju ke
Kuala Selangor tadi nama banner yang agak menarik. Suami dah janji nak singgah waktu balik
nanti. Ahaaa.. dah sampai. Lokasi dia agak strategik. Betul-betul tepi jalan. Terletak berhampiran dengan Caltex Jalan
Kuala Selangor ke Ijok. Boleh nampak dia punya banner..tulisan terang..jelas
dan nyata.. perrgghhh..detail..
Apalagi kalau bukan cendol
bakar. Sebelum ni ada juga kawan
bercerita tentang cendol bakar. Memang best
la.. siap ada drive thru lagi.. macam McD.. Hari ni aku dah jumpa tempat dia..
singgah dan makan ..memang sedap. Bagi aku
lebih sedap dari cendol yg dijual sekitar jalan kuching. Santan dia pekat..manis dan cukup rasa…
Orang memang ramai. Tempat duduk penuh. Walaupun tempat duduk dari bangku kayu dan atap
nipah/rumbia..memang payah nak jumpa tempat kosong!!!..kereta beratur panjang..
Menu cendol dia banyak..ada
VIP..VVIP, cendol pulut/tapai..cendol durian..cencol pulut durian.. tapi aku
mestilah makan cendol durian.. siap ada refill free lagi. Dan lagi satu yang aku bangga dengan tokey
cendol bakar ni dia siap letak notis untuk OKU dan fakir miskin.. Untuk
orang OKU dan fakir miskin, boleh makan cendol bakar PERCUMA Cuma tunjukkan kad
Jabatan Kebajikan.. peerrghh..memang
payah nak cari tokey kedai makan atau tokey cendol yang sebegini... Barangkali juga ini antara sebab kenapa
cendol bakar dia sentiasa mendapat sambutan disamping rasa yang sedappp.. Tuhan memberi rezeki yang berganda diatas
niat ikhlas itu..
Apa sebab nama cendol bakar errkk??..nama dia Bakar??.. atau ada sebab lain..??Aku dapat tahu gula merah yang dibuat air gula tu dibakar terlebih dahulu.. tu sebab nama dia Cendol Bakar...
Apa sebab nama cendol bakar errkk??..nama dia Bakar??.. atau ada sebab lain..??Aku dapat tahu gula merah yang dibuat air gula tu dibakar terlebih dahulu.. tu sebab nama dia Cendol Bakar...
“Boleh
datang lagi la..” itu kata suamiku tiba-tiba.
“Sedap??” aku sengaja menyoal.
“Ahaa”..dia
senyum. Sememangnya kami penggemar
cendol dan ini antara yang terbaik pernah kami makan selain di Pekan Kepala
Batas (cendol Hj Hashim)
“Cuma
satu yang kurang”
“Apa
dia??”
“Passemboq
penang tak der..kalu ada lagi ngammm”
“Hehehhe..bunyi
macam mencabar. Nanti try tanya tokey
dia..boleh ke tak tepek stall passemboq penang kat sini”
“Insyaalah..satu
hari nanti..Semoga dipermudahkan olehNya.
Kalau pun bukan di sini..tapi di tempat lain….”
Tuuu..dia..banner yg besar..jelas dan terang..Cendol Bakar
..antara menu Cendol..banyak pilihan..
beratur kereta untuk drive thru..
lagiii.....
dan lagiii....
ni haaa... Cendol Bakar..cendol pulut...
No comments:
Post a Comment