AHAD. 16/9/2012
“ Yuhuuu.. cerita ketupat
palas belum habis laaa..”
“ Isshh.. banyak sangat
ker???..Sampai brapa bahagian??”
“ Tiga bahagian
jer..cukuplah.. banyak sangat jemu lak orang”
“Lorrr.. biarlah..blog
sendiri punya..tulis jer lah apa pun. Kalu
orang tak suka nak baca sudah…suruh depa main jauh-jauh..buat menyemak jer..
hehhehehe”
Nak tergelak aku. Ahaaa kan… biarlah..
Kali ni cerita ketupat palas
bahagian III. Bahagian akhir. Maklumlah..syawal pun dah sampai hujung dah..
orang pun dah tak order ketupat lagi. Open
house pun dah habis.
Ni cerita sebelum raya hari
tu. Lagi tiga hari nak raya. Huhhh..tempahan memang banyak. Banyak juga order disaat akhir yang terpaksa
aku tolak. Tak larat dah nak buat.
Esok nak raya. Pagi tu aku ke Tesco Ampang jumpa Iza. Memang dah janji dengan dia nak hantar
ketupat di situ. Adalah dalam 2000 biji
yang di order untuk customer dia disekitar Ampang. Syukur..semuanya terkawal.
Petangnya aku menghantar
pula kepada regular customer di sekitar KL.
Ni antara regular customer yang setia sejak 2007 lagi. Datin Hanim di Bukit Damansara memang tak
pernah lupa order ketupat aku setiap kali menjelang syawal atau pun ketika dia
buat open house. Begitu juga dengan
Datin Maisarah di TTDI yang masih setia
order ketupat aku. Sekali order 300
biji..memang best. Tak ketinggalan juga
buat teman-teman sepejabat. Akhir sekali
ke rumah bos di Taman Melawati. Terima
kasih pada Kak Yati (isteri bos) sebab bagi aku rendang ayam yang sedap.
Malamnya sibuk pula
menyiapkan tempahan untuk sebuah surau di KL.. kena hantar sebelum solat hari
raya. Ketupat di pek bersama rendang,
serunding dan kuih tradisional.. yang ni cerewet sikit, sebabnya semua kena
letak dalam bekas plastik. Nasib baik
ada suami dan anakku yang yang setia membantu.
Terima kasih.
Lepas raya tempahan open house la pulak. Setiap hujung minggu pasti banyak tempahan. Tahun ni pun tempahan untuk open house bertambah-tambah...
Lepas raya tempahan open house la pulak. Setiap hujung minggu pasti banyak tempahan. Tahun ni pun tempahan untuk open house bertambah-tambah...
Begitulah bisness
aku sewaktu Ramadhan dan Syawal lepas. Syukur
padaNya kerana setiap urusan yang aku lakukan dipermudahkan. Seperti yang aku katakan…rezeki yang aku
dapat perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Segalanya telah dikongsi walaupun tidak
sebanyak mana. Itulah niat aku. Semoga tuhan memberi aku yang terbaik dalam
aku mengejar impian.
proses memasukkan ketupat/rendang/serunding...ni cuma sebahagian
tayang-tayang....ni antara tender yang aku dapat dari sebuah hotel di KL..
3 hari sebelum raya dah siap hantar...
ni lagi.......... syukur rezeki namanya
No comments:
Post a Comment