...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, September 26, 2012

FESBUK POWER...



RABU. 26/9/2012

Dah lama aku tak menulis kat sini.. sebenarnya tak ada bahan menarik.  Lagi pun sibuk memanjang.  Mana sempat nak update blog ni.. Hari ni pun ada kawan yang tanya kenapa blog aku suram jer..isshhhh kena la jugak update..walau sebenarnya aku amat malas nak menulis.

Mana boleh biarkan blog tu suram jer.. tulis lah sesuatu.

Aku sibuk laa.. masa yang ada amat terbatas..

Alasan la tuu..

Betullah.. 

Kau dah tengok FB aku??..ada entry terbaru.. jom pi komen.. meh ler..

FB??..huhuhu.. kau ni betul-betul bagi aku idea.

Minggu lepas aku menghadiri Seminar FESBUK POWER 2012 anjuran Richworks…alaa yang Dr Azizan Osman tu.. bertempat di Bangunan MCA, Jalan Ampang, KL. Sambutan memang menggalakkan.  Setiap sudut dipenuhi ramai orang.  Itulah pertama kali aku menghadiri seminar anjuran Richworks.  Ia dikendalikan oleh Bryan Gan pakar pemasaran internet dan facebook.

Isi kandungan memang power.. memang berbaloi.. dan ada yang telah berjaya meningkatkan perniaggan mereka sebanyak 300%.  Perrghhh… banyak tu.  Apapun memang seronok.  Seminar selama separuh hari itu tidak terasa lambatnya masa berlalu…dan kalaulah boleh biar sampai petang..hehhehe..

Lepas ni ada lagi seminar anjuran Dr Azizan Osman sendiri..Seminar Jutawan Industri yang juga diadakan di Wisma MCA Jalan Ampang.  Pendaftaran telah pun dibuat. Untuk berjaya ianya perlulah menggunakan konsep M.E.S.T.I (Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian yang jelas)  Jom followwwwwwwww….


lepas ni ada advance fesbuk power pulakk

Sunday, September 16, 2012

KETUPAT PALAS CHOMBIE (Bhg III)


AHAD. 16/9/2012

“ Yuhuuu.. cerita ketupat palas belum habis laaa..”

“ Isshh.. banyak sangat ker???..Sampai brapa bahagian??”

“ Tiga bahagian jer..cukuplah.. banyak sangat jemu lak orang”

“Lorrr.. biarlah..blog sendiri punya..tulis jer lah apa pun.  Kalu orang tak suka nak baca sudah…suruh depa main jauh-jauh..buat menyemak jer.. hehhehehe”

Nak tergelak aku.  Ahaaa kan… biarlah..

Kali ni cerita ketupat palas bahagian III.  Bahagian akhir.  Maklumlah..syawal pun dah sampai hujung dah.. orang pun dah tak order ketupat lagi.  Open house pun dah habis.

Ni cerita sebelum raya hari tu.  Lagi tiga hari nak raya.  Huhhh..tempahan memang banyak.  Banyak juga order disaat akhir yang terpaksa aku tolak.  Tak larat dah nak buat.
Esok nak raya.  Pagi tu aku ke Tesco Ampang jumpa Iza.  Memang dah janji dengan dia nak hantar ketupat di situ.  Adalah dalam 2000 biji yang di order untuk customer dia disekitar Ampang.  Syukur..semuanya terkawal.

Petangnya aku menghantar pula kepada regular customer di sekitar KL.  Ni antara regular customer yang setia sejak 2007 lagi.  Datin Hanim di Bukit Damansara memang tak pernah lupa order ketupat aku setiap kali menjelang syawal atau pun ketika dia buat open house.  Begitu juga dengan Datin Maisarah di TTDI  yang masih setia order ketupat aku.  Sekali order 300 biji..memang best.  Tak ketinggalan juga buat teman-teman sepejabat.  Akhir sekali ke rumah bos di Taman Melawati.  Terima kasih pada Kak Yati (isteri bos) sebab bagi aku rendang ayam yang sedap.

Malamnya sibuk pula menyiapkan tempahan untuk sebuah surau di KL.. kena hantar sebelum solat hari raya.  Ketupat di pek bersama rendang, serunding dan kuih tradisional.. yang ni cerewet sikit, sebabnya semua kena letak dalam bekas plastik.  Nasib baik ada suami dan anakku yang yang setia membantu.  Terima kasih.

Lepas raya tempahan open house la pulak.  Setiap hujung minggu pasti banyak tempahan.  Tahun ni pun tempahan untuk open house bertambah-tambah...

Begitulah  bisness aku sewaktu Ramadhan dan Syawal lepas.  Syukur padaNya kerana setiap urusan yang aku lakukan dipermudahkan.  Seperti yang aku katakan…rezeki yang aku dapat perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.  Segalanya telah dikongsi walaupun tidak sebanyak mana.  Itulah niat aku.  Semoga tuhan memberi aku yang terbaik dalam aku mengejar impian.  

                   
proses memasukkan ketupat/rendang/serunding...ni cuma sebahagian


dah siap dah...



kesian..sampai terbaring..



tayang-tayang....ni antara tender yang aku dapat dari sebuah hotel di KL.. 
 3 hari sebelum raya dah siap hantar...

ni lagi.......... syukur rezeki namanya




Wednesday, September 12, 2012

KETUPAT PALAS CHOMBIE… ( Bhg II)


RABU. 12/9/2012

Seperti dijanjikan hari ni aku nak cerita juga tentang cara nak buat ketupat palas.  Memang best .. Nak buat ketupat palas ni bukannya mudah.  Kena ada seni dia tersendiri.. hehehe..seni membalut tuu.  Lagi satu kena sabar sebab ianya agak cerewet.

Sebelum apa-apa daun palas kena buka dulu buat kelongsong kosong.  Ni proses yang tak berapa rumit sangat bagi orang yang dah biasa dan mahir.  Tapi bagi yang baru nak belajar memang payah ler.. Sebab tu aku payah nak gajikan indon sebab kena ajar depa A to Z..  Lagipun aku ni tak pandai nak mengajar.  Mau kena ketuk jer tangan tu kalu tak reti-reti..  

Pulut kena masak dengan santan dulu.  Macam kita masak nasi tuu.  Sebelum tu beras pulut kena basuh bersih-bersih.  Basuh sampai jernih air dia.  Itu petua orang tua-tua sebab nak elakkan ketupat cepat basi.  Bila pulut dah masak.. baru lah kita balut/bungkus dalam daun palas.

Bab membalut ketupat ni memang seronok.  Masuk jer pulut kat dalam kelongsong ketupat tadi, balut kemas-kemas dan tarik kejap-kejap.  Ini bagi mengelakkan pulut keluar dan air masuk ke dalam pulut sewaktu proses merebus nanti.  Dah selesai..  Siap semua boleh la rebus supaya betul-betul masak… Dah boleh makan dan hidang ngan rendang atau serunding.  Tak kira sama ada rendang daging atau ayam.  Kalu kat kampung emak selalu masak kari daging pekat yang dipotong kecil-kecil.  Makan ngan ketupat palas.. peerrghh meriahhh.

Tu lah alkisahnya macam mana nak buat ketupat palas yang cukup berseni dan rumit dengan segala macam pantang larang dan petua.  Dan aku selalunya mengikut segala petua dan pantang larang yang emak beritahu itu.  Dan hasilnya.. aku dah boleh tersenyum kerana saban tahun ketupat aku mula dikenali dan digemari.

Ramadhan tahun ini pula dah mula dijual di Tesco Ampang dan juga bazaar Ramadhan MARA di KL.  Selebihnya adalah beberapa buah hotel dan juga tokey katering yang mengambil untuk Buffet Ramadhan di sekitar KL dan Selangor.  Dan yang paling seronok bagi yang pertama kali membeli.. pasti akan menghantar "Compliment" memuji...

Rezeki sebenarnya anugerah dari Maha Esa.  Dan rezeki yang ada itu harus dikongsi supaya ia menjadi lebih berkat.  Semoga aku sentiasa mendapat keberkatan dariNya..


kelongsong dia... kena buat kelongsonh dulu sebelum letak pulut



ni pun sama jugak...


dah siap balut..tapi belum masak lagi...


dah siap masak pun....


taraaa... KETUPAT PALAS CHOMBIE.. makan ngan rendang..nyum..nyummm




Tuesday, September 4, 2012

KETUPAT PALAS CHOMBIE…(Bhg I)




SELASA. 4/9/2012

Hari ni nak cerita pasal ketupat palaslah.  Syawal pun dah nak habis.  Ni lah janji aku hari tu..nak tulis tentang projek aku sepanjang Ramadhan.  Haaa.. inilah projek aku sempena Ramadhan lepas.  Kali ni besar-besaran kerana tempahan meningkat berganda.. Syukur.. rezeki namanya. Huhh.. dugaan kali ni memang hebat.  Kena tahan fizikal dan mental.  Alahai mental yang teruk.  Teruk dengan karenah dan cakap orang yang entah apa-apa.  Dengki sebenarnya tu.  Tak puas hati...  Maka lahirlah umpatan dan cakap-cakap yang tak serupa bikin.  Ah biarlah.  Lama mana sangat nak berkeriau.. lama-lama sengaplah tu. Kita kalau nak berjaya tak boleh dengar cakap-cakap yang tak serupa bikin ni.  Ah.. tak payah nak layan.  Biarkan.. huhuhuuu.  Katalah nak kata apa pun.. aku macam nilah jugak. Lagi banyak umpatan lagi banyak rezeki yang aku dapat.  Syukur padaNya. Yang lalat..langau dok mengiang-ngiang tu biarkan saja.  Sembur jer ngan ridsect…wakakakkaa..

Apapun terima kasih yang tidak terhingga buat emak dan abah yang banyak menyokong dan mendorong aku dalam menghasilkan ketupat palas sepanjang Ramadhan. Tidak terbalas segala budi baik itu..hanya Tuhan yang tahu betapa aku terlalu menghargainya.  Maka betullah kata orang kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban nyawa..dan kasih saudara entah apa-apa…Juga buat suami yang setia menjadi despatch antar ketupat pada customer dan juga kepasar membeli segala macam bahan mentah. Terima kasih segalanya… Tanpa mereka aku tidak sampai kemana…

Ishhhh.. dok melalut la pulak.  Sebelum cerita pasal ketupat palas kita tengok macam mana rupa pokok palas dan sedikit cerita tentang pokok palas.  Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga palma. Boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian sehingga 15 kaki.Pokok palas senang dijumpai tumbuh di Malaysia terutamanya di kawasan yang agak lembab dan berpaya.Ia merupakan sejenis palma yang tumbuh berumpun. Batang palas mempunyai duri yang tajam. Daunnya mempunyai lidi atau tulang belakang daun. Buahnya kecil,tersusun pada tangkainya yang panjang, berwarna hijau ketika muda dan menjadi jingga atau oren apabila masak.Ia boleh membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih.Tumbuhan ini memerlukan tempat yang agak redup dan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan sempurna


Pokok palas begitu sinonim dengan masyarakat melayu kerana pucuknya yang digunakan untuk membungkus ketupat . Ketupat palas atau ketupat pulut merupakan makanan tradisi masyarakat melayu dan disediakan untuk menyambut hari raya terutamanya bagi penduduk di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Cuma bezanya di pantai timur rasa ketupat lebih manis dari ketupat buatan orang utara.  Kerana aku buat ketupat palas lemak masin dan cukup rasa.

Haaa.. dah tau pun tentang cerita pokok palas… nanti esok lusa aku cuba cerita tentang proses macam mana nak buat ketupat palas pulakk.. tunggu errkk.

Sebenarnya seronok nak bekongsi cerita di sini kerana ramai juga pembaca blog aku yang gemar makan ketupat palas.  Sesungguhnya rezeki yang datang itu pemberian Tuhan dan aku pun tidak menjangka sambutan diluar jangkauan.  Syukur.


                                                       ni lah rupanya pokok palas....