SELASA.
30/7/2013
21 Ramadhan. Ni rentetan dari tulisan aku “Hanya kad
pengganti diri” yang aku tulis kat blog ni beberapa hari lepas. Ada yang kata.. isshhh sayu la bila baca
tulisan akak tu. Rasa macam nak kembali
ke zaman dulu-dulu. Penuh nostalgia.
Memang diakui. Ramadhan di kampung dulu-dulu penuh
nostalgia. Meredah malam ke masjid. Bukan nak solat terawih pun.. tapi nak main
Police Entry.. main sorok-sorok bagai.
Lepas tu makan moreh. Moreh ketika
tu memang best.. selain nasi tomato.. laksa penang memang ditunggu.. hehehe…
Kalau setakat bubur kacang..atau roti canai.. errmmm.. lupakan jer lah. Sanggup tak makan laa..
Bab main bunga api lainlah
pulak. Dulu-dulu bunga api batang besi
(cap kucing kot).. Punyalah takut nak pegang besi tu.. maka cocoklah dengan
pelepah pisang biar panjang sikit. Main
kat halaman rumah jer. Abah memang tak
kasi main jauh-jauh. Mercun??..haahh jauh sekali nak main mercun. Abah tak kasi. Tapi jahat lah jugak.. beli mercun
sorok-sorok.. Kalau abah tak der kat rumah..apalagi.. main mercunlah. Huhuhu.. seronok giler..
Hari ni anakku tak merasai
langsung semua tu. Dia ke masjid di asrama
sekolah sekadar solat terawih. Lepas
solat terawih singgah dinning utk makan (tu dikira moreh).. Selebih nya sambung
study atau lepak kat dorm.
Hampir terlupa.. hari ni
dapat kiriman istimewa dari orang jauh.
Wah jauh sangat kah?? Ahaa.. jauh
lah jugak.. nun di pantai timur sana. Dia
bos lama aku. Terima kasih kerana masih
ingat pada kami di sini.
Aku dapat tahu dia pun dah bahagia
sekarang. Bahagia dengan tugas baru yang
diamanahkan. Semoga dia dilimpahi rahmat
dan rezeki olehNya.
..tanda ingatan dari bos lama...
No comments:
Post a Comment