RABU. 24/7/2013
Dah 15 Ramadhan. Hari ni dapat sikit idea nak tulis kat blog. Idea spontan yang datang tiba-tiba. Ialah....kebetulan hari ni sibuk membalas dan mengirim kad raya pada sahabat taulan bos aku!.. Dia cuma tandatangan jer.. selebihnya aku yang uruskan.
Dulu-dulu (zaman dara sunti) kad raya memang dinanti. Baru jer puasa sehari dah mula sibuk nak beli kad raya (duit kumpul sendiri tau semata-mata nak beli kad raya). Zaman aku dulu gambar bunga dan lukisan permandangan sangat-sangat digemari. Permandangan senja kat pantai/sawah padi/bukit/pokok kelapa dan macam-macam yang ada. Semuanya cantik dan menarik..Kalau bunga pula semestinya lah bunga ros yang tengah mekar kembang….ada pula titik-titik embun ..perrgghhhh..memang nostalgia.
Tapi yang tak bestnya bila minta tolong abah belikan kad raya. Hehehe..abah suka beli dalam peket jer (ada 6 keping kot) Gambar tak berapa menarik..Yang kelakarnya gambar-gambar tak menarik tu dikirim juga pada kawan-kawan yang kurang popular.. (kalau dalam carta..yang bawah laa) Bole pulak macam tu kan.. tapi kalau untuk yang special sikit kena gambar cantik dan kata-kata menarik.. Ahaaa.. puitis laa.. Alahai memang tersengeh kalau dikenang.. Lepas tu siap tulis cam ni.. “Hanya Kad Pengganti Diri.. Salah Silap Harap Di Maafi” Haahhh kau ada????
Ada lagi yang paling menarik. Bila dah hantar kad tu mestilah tunggu balasan. Hari-hari tunggu posmen. Bila dah dapat kad balasan mulalah kumpul. Lepas tu gantung kat ranting pokok. Meriah sakan. Dulu-dulu kalau rumah sapa ada ramai anak dara sunti banyak lah kad dia terima. Pakat gantung kat ranting. Bila raya kawan-kawan datang depa kata macam ni “wah banyaknya kad raya hang dapat.. ramai marka nooo” Masa tu hidung kembang kuncup menahan perasaan gembira. Dia punya senyum sampai telinga… dan kalaulah boleh teriak kuat-kuat..Alangkah!...
Zaman berubah membawa seribu kenangan yang mengusik jiwa. Kad raya tetap dijual, dan mungkin sambutan pada kad raya semakin kurang dengan adanya teknologi moden.. Lama sungguh aku tak terima kad raya dari kawan-kawan, saudara mara. Sejak teknologi makin canggih, budaya kad raya seakan dilupakan. Kadang-kadang ucapan hanya melalui sms/whatsup/fb dan segala macam yang ada. Itupun kalau rajin. Kalau tak rajin …errrmmm..lantak ler. Isshh..teruknya
Dan.. kalau ada sesiapa yang mengenali aku di ruang ini kalau nak hantar kad raya silakan.. Bukan senang nak mengumpul nostalgia kerana nostalgia itu adalah sesuatu yang sangat berharga!..
No comments:
Post a Comment