...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, July 30, 2013

YANG JAUH TETAP ADA...

SELASA. 30/7/2013

21 Ramadhan.  Ni rentetan dari tulisan aku “Hanya kad pengganti diri” yang aku tulis kat blog ni beberapa hari lepas.  Ada yang kata.. isshhh sayu la bila baca tulisan akak tu.  Rasa macam nak kembali ke zaman dulu-dulu.  Penuh nostalgia.

Memang diakui.  Ramadhan di kampung dulu-dulu penuh nostalgia.  Meredah malam ke masjid.  Bukan nak solat terawih pun.. tapi nak main Police Entry.. main sorok-sorok bagai.  Lepas tu makan moreh.  Moreh ketika tu memang best.. selain nasi tomato.. laksa penang memang ditunggu.. hehehe… Kalau setakat bubur kacang..atau roti canai.. errmmm.. lupakan jer lah.  Sanggup tak makan laa..

Bab main bunga api lainlah pulak.  Dulu-dulu bunga api batang besi (cap kucing kot).. Punyalah takut nak pegang besi tu.. maka cocoklah dengan pelepah pisang biar panjang sikit.  Main kat halaman rumah jer.  Abah memang tak kasi main jauh-jauh. Mercun??..haahh jauh sekali nak main mercun.  Abah tak kasi.  Tapi jahat lah jugak.. beli mercun sorok-sorok.. Kalau abah tak der kat rumah..apalagi.. main mercunlah.  Huhuhu.. seronok giler.. 

Hari ni anakku tak merasai langsung semua tu.  Dia ke masjid di asrama sekolah sekadar solat terawih.  Lepas solat terawih singgah dinning utk makan (tu dikira moreh).. Selebih nya sambung study atau lepak kat dorm. 

Hampir terlupa.. hari ni dapat kiriman istimewa dari orang jauh.  Wah jauh sangat kah??  Ahaa.. jauh lah jugak.. nun di pantai timur sana.  Dia bos lama aku.  Terima kasih kerana masih ingat pada kami di sini. 


Aku dapat tahu dia pun dah bahagia sekarang.  Bahagia dengan tugas baru yang diamanahkan.  Semoga dia dilimpahi rahmat dan rezeki olehNya.  


..tanda ingatan dari bos lama...

Monday, July 29, 2013

DENDANG PERANTAU...

ISNIN. 29/7/2013

20 Ramadhan.  Dah dekat nak raya pun.  Lagu raya pun dah mula kedengaran kat corong radio.  Sebak pilu dan hiba jerr… Isshhh.. sensitif sungguh.

Walaupun aku baru saja balik kampung sabtu lepas tapi bila dengar lagu raya terasa sangat pilu dia. Bagi aku lagu-lagu raya edisi lama (dari artis veteran) paling menyentuh hati.  Lirik dan melodi amat menyentuh perasaan dan membangkitkan suasana raya.

Tadi kat radio berkumandang lagu Dendang Perantau… nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.  menitik jugak airmata aku,, Ingatan tiba-tiba hinggap pada sebuah memori yang berkubur tanpa tanda...

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia

Chorus
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau
Sebelum terlupa nak ucapkan TAHNIAH buat anakku Baz yang mendapat Anugerah Perak dari pihak sekolah (SDAR) kerana lonjakan kecermerlangan dalam akademik bagi tingkaan 3. Nama dia dah dipamerkan di papan kenyataan berhampiran Dewan Sekolah.  Semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu yang manis!..teruskan usaha.  Hendaknya Tuhan mempermudahkan segala urusan anakku.  Amin.




Wednesday, July 24, 2013

HANYA KAD PENGGANTI DIRI...

RABU. 24/7/2013
Dah 15 Ramadhan. Hari ni dapat sikit idea nak tulis kat blog.  Idea spontan yang datang tiba-tiba. Ialah....kebetulan hari ni sibuk membalas dan mengirim kad raya pada sahabat taulan bos aku!.. Dia cuma tandatangan jer.. selebihnya aku yang uruskan. 
Dulu-dulu (zaman dara sunti) kad raya memang dinanti.  Baru jer puasa sehari dah mula sibuk nak beli kad raya (duit kumpul sendiri tau semata-mata nak beli kad raya). Zaman aku dulu gambar bunga dan lukisan permandangan sangat-sangat digemari.  Permandangan senja kat pantai/sawah padi/bukit/pokok kelapa dan macam-macam yang ada.  Semuanya cantik dan menarik..Kalau bunga pula semestinya lah bunga ros yang tengah mekar kembang….ada pula titik-titik embun ..perrgghhhh..memang nostalgia.
Tapi yang tak bestnya bila minta tolong abah belikan kad raya. Hehehe..abah suka beli dalam peket jer (ada 6 keping kot) Gambar tak berapa menarik..Yang kelakarnya gambar-gambar tak menarik tu dikirim juga pada kawan-kawan yang kurang popular.. (kalau dalam carta..yang bawah laa) Bole pulak macam tu kan.. tapi kalau untuk yang special sikit kena gambar cantik dan kata-kata menarik.. Ahaaa.. puitis laa.. Alahai memang tersengeh kalau dikenang.. Lepas tu siap tulis cam ni.. “Hanya Kad Pengganti Diri.. Salah Silap Harap Di Maafi” Haahhh kau ada????
Ada lagi yang paling menarik.  Bila dah hantar kad tu mestilah tunggu balasan.  Hari-hari tunggu posmen. Bila dah dapat kad balasan mulalah kumpul.  Lepas tu gantung kat ranting pokok.  Meriah sakan.  Dulu-dulu kalau rumah sapa ada ramai anak dara sunti banyak lah kad dia terima.  Pakat gantung kat ranting.  Bila raya kawan-kawan datang depa kata macam ni “wah banyaknya kad raya hang dapat.. ramai marka nooo” Masa tu hidung kembang kuncup menahan perasaan gembira.  Dia punya senyum sampai telinga… dan kalaulah boleh teriak kuat-kuat..Alangkah!...
Zaman berubah membawa seribu kenangan yang mengusik jiwa.  Kad raya tetap dijual, dan mungkin sambutan pada kad raya semakin kurang dengan adanya teknologi moden.. Lama sungguh aku tak terima kad raya dari kawan-kawan, saudara mara.   Sejak teknologi makin canggih, budaya kad raya seakan dilupakan.  Kadang-kadang ucapan hanya melalui sms/whatsup/fb dan segala macam yang ada.  Itupun kalau rajin.  Kalau tak rajin …errrmmm..lantak ler.  Isshh..teruknya
Dan.. kalau ada sesiapa yang mengenali aku di ruang ini kalau nak hantar kad raya silakan.. Bukan senang nak mengumpul nostalgia kerana nostalgia itu adalah sesuatu yang sangat berharga!..


puas menggoogle..jumpa juga akhirnya.. Lebih kurang macam nilah aku gantung kad raya ...  Tapi banyak sampai tak nampak ranting.  Letak la pulak kat serambi rumah kayu yang penuh nostalgia tu... kalau nak lagi cantik belit la pulak ranting tu dengan kertas bunga ka.. dan letak lampu lip-lap..haaahh.. memang meriahhh..

Tuesday, July 23, 2013

RAMADHAN KALI INI...

SELASA. 23/7/2013

Sibuk sebenarnya..dari sebelum Ramadhan hingga ke pertengahan Ramadhan ..dan hari ni pun masih sibukkk...

Produk dah keluar 28 Jun 2013 hari tu.  Launching 1 Julai..  Elehh launch kat FB jer.. Lepas tu sibuk buat promosi kat FB.  Sibuk juga mencari pengedar dan ajen dropship. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Tuhan. Lepas tu kena pulak hadiri personal coaching Fesbuk Power kat Shah Alam.  Itulah yang membuatkan dairi harian aku sendat dan padat.  Itu belum lagi dengan bab kerja pejabat.. Semoga aku diberi kesihatan yang baik olehNya.
Cuma aku ingin sampaikan di sini.. mungkin blog ni akan terabai lagi.  Mesti tak sempat nak update.  Tempahan ketupat palas masih seperti tahun lepas juga.  Banyak dan diluar jangkauan.  Alhamdulillah.  Rezeki dari Tuhan harus dinikmati dengan rasa syukur.
Aku pun tak jangka yang produk aku akan keluar sebelum puasa kerana aku jangkakan selepas raya.  Itu yang berganda kesibukan aku..Promosi produk vs ketupat palas.  Macam nak pitam.. Hehehe..tak per..itu semua jalan-jalan menuju ke puncak.  Orang kata kalau nak berjaya mesti melalui saat getir.  Aku harus tabah.  Tabah menghadapi apa saja situasi yang bakal datang.  Termasuklah  bab produk.. "lakukah produk aku ni?..akan meletup tak?"....inilah yang saban hari berlegar di ruang fikiran.
Semoga Tuhan memberi aku ruang dan peluang itu. Dan..semoga kaya dan berjaya. Amin.


                    ..ketupat palas Chombie tetap digemari sejak 7 tahun dulu...