AHAD.
24/3/2013
Aku teringat pada pertemuan
jumaat lepas. Segalanya berlaku tidak
dirancang. Seorang kawan lama menghantar sms untuk berjumpa. Alangkah!!.. rupanya dia dah pun buat
temujanji dengan seorang teman sepejabat tanpa pengetahuan aku..
Jadi ker keluar lunch
nanti??
Isshhh jadilah. Bila lah lag kan..
Nanti tunggu kat lobby. I datang amik..
Waahh.. bestnyer..
Seperti yang dijanjikan..dia
datang tepat pada waktunya. Kami
bersalam dan berpeluk mesra. Rindu
memang ada..
Waahhh.. kereta pun dah baru
errkk… aku mengusik mesra.
Rezeki dari tuhan. Dia membalas pendek.
Akhirnya kami lunch di Hilton KL Sentral. Banyak cerita yang kami bualkan. Dari kerjaya hari ini hinggalah pada cerita silam yang menyentuh perasaan. Dia pun dah banyak berubah sekarang. Barangkali banyak muhasabah diri dan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan.
akhirnya...
Akhirnya kami lunch di Hilton KL Sentral. Banyak cerita yang kami bualkan. Dari kerjaya hari ini hinggalah pada cerita silam yang menyentuh perasaan. Dia pun dah banyak berubah sekarang. Barangkali banyak muhasabah diri dan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan.
ice lemon tea yang sangat sedappp..
Apapun situasi dia sekarang
aku amat bangga dengan pencapaiannya.
Berkat kerja keras dan tidak mudah berputus asa dia berada di tahap
sepertimana sekarang. Itu tidak dihitung
segala pedih duka yang pernah dialami satu ketika dulu. Dan.. kalaulah dihitung…. arrghhh sukarnya untuk mentafsir.
makan..borak..ahakkss leka sungguh mama yu dengar cerita
apa ada pada nama... tapi huruf AHY tu benar-benar memberi makna
singkatan dari nama sebenar...huhuhuu..kau ada????
Aku akui memang kami jarang berhubung. Cuma sesekali bertanya khabar menerusi email. Itu saja. Walau jauh dimata..tapi dihati tetap ada. Dan aku percaya bahawa sesungguhnya doa orang yang terinaya itu lambat laun dimakbulkan tuhan. Selebihnya hanya tuhan yang maha mengetahui. Siapalah kita untuk menghukum. Wallahualam….