...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, December 28, 2012

SALAM TAKZIAH...


JUMAAT. 28/12/2012

Dah hujung tahun pun.. cepat betul..lip..lap..lip lap disember dah sampai ke hujung.  Azam??  Alahai mana ada azam-azam ni.. tiap hari berazam nak jadi lebih baik. Itu saja.  Semoga dipermudahkan olehNya.  Begitulah yang diharapkan.

Tadi aku jumpa kawan lama.  Kami borak panjang.  Maklumlah lama sungguh tak jumpa.  Kebetulan sebenarnya.  Dia datang melawat kawan di wad.  Kami terserempak di café.  Lama jugak dia dok pandang aku…  heran kot tengok .. hehehhe

Dari cerita biasa sampailah ke cerita teman-teman lama yang dah menghilang dan tak timbul-timbul.  Sempat juga dia beritahu aku teman penulis  yang sama-sama kami dulu menganggotai KALAM (Persatuan Penulis Kuala Lumpur) dan kemudiannya RANTAI (Rangkaian Penulis Ibu Kota) telah kembali kerahmatullah pada 17 November 2012 yang lalu.  Khabarnya dia meninggal dunia ketika dalam tidur yang tenang. 

Allahyarham antara orang kuat ketika KALAM dan RANTAI ditubuhkan…dan pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank... puisi allahyarham termuat dalam antologi puisi Lambaian Nusa (DBP) serta antologi cerpen Terbang Jauh (DBP) juga antologi cerpen Tanglung Bunga Sakura (DBP).

Semoga roh allahyarham Azim Salleh @ Salehudin Ghazali diletakkan bersama orang-orang beriman. Sesungguhnya kita manusia tidak mengetahui bila, dan di  bumi mana serta dalam keadaan bagaimana kita akan menemui Allah. Semuanya tersimpan dalam ilmu Allah.  Hanya Dia yang maha mengetahui.

Salam Takziah buat keluarga allahyarham. 


 


No comments:

Post a Comment