SABTU. 29/12/12
Sibuk sebenarnya. Minggu ni banyak tempahan durian crepe. Setiap hari pasti ada order. Dan yang paling banyak dua hari lepas.. 50 peket. Huhhh.. sesak jugak nafas. Nasib baik tak semput. Hari isnin ni ada lagi order.. 30 peket. Arrgghh..rezeki. Bersyukur amat.
Durian memang sedia ada kat rumah.. Alahai kesian Baz dah komplen tak tahan bau durian...
Hari ni lapang sikit. Selalu hari sabtu/ahad jarang ada order. Kalau ada pun tak banyak. Tapi sibuk la jugak.. Nak kena siapkan almond biscotti yang ditempah untuk majlis kahwin seorang kenalan. Dia nak masukkan dalam goodies bag sebagai hadiah untuk tetamu nanti.
2000 pek... uikss banyak tu. Yalah..kena pek kecil-kecil. Minggu depan dah kena hantar kat tuan rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Ni minggu terakhir Baz bercuti. Minggu depan dah kena hantar ke asrama semula. Surat dari SDAR pun dah sampai. Tarikh pendaftaran 1/1/2013 @ selasa. Legaa.. tak payah nak apply cuti..
Semua barang untuk Baz dah settle. Nasib baik. Cuma aku risau pasal almond biscotti tu. Banyak weeyy.. nak kena pek kecil-kecil. Sapa nak bantu??
durian crepe.. siap pek
lagi....
almond biscotti pek kecil-kecil..
banyak lagi belum siap
banyak lagi belum siap
No comments:
Post a Comment