...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Sunday, December 30, 2012

MAINTAIN KAU CHOMBIE…


AHAD. 30/12/12

Hari-hari terakhir 2012.  Apa yang menarik sepanjang 2012 ya..eh..banyak lah yang menarik.  Yang suka..yang duka pun ada.  Semuanya terselit dalam lipatan sejarah dan bakal menjadi sebuah kenangan.  Sebabnya kenangan itu adalah sesuatu yang amat berharga.. tanpa kenangan perjalanan hidup tak lengkap!!!

Aku?? Aku macam biasa.  Tak ada yang luar biasa pun.  Pagi pergi kerja..petang balik rumah.. masak..makan..kemas dan kalau ada tempahan biscoti, ketupat palas atau durian crepe pasti tidak menolak.  Satu lagi acara wajib setiap hujung minggu.. melawat Baz kat SDAR.  

Tahun ni tahap kesihatan kurang baik.  Demam..selsema..dan yang paling mengerikan tahap kolestrol amat tinggi.  Harap-harap tahun 2013 akan ada penurunan.

Makan tak pantang ke??

Isshhh aku makan memilih jugak.  Tak semua aku belasah.  

Gemuk kot?? tak bersenam..

Heyy..tolonglah.  Aku paling takut kalau badan berisi.  Naik lah walau sekilo pun, pasti aku risau.  Diet dan diet..  sebab tu tahun 2012 ni juga aku berjaya maintainkan berat badan.  Tak naik dan tak turun… Rahsia?? Mana ada rahsia.  Cuma perlu jaga makan.  Itu saja.  Memang tidak dinafikan inilah azam paling berjaya sepanjang 2012 dan tahun-tahun sebelumnya. Sejak dulu dan kini…Harap-harap dapat kekalkan sepanjang 2013 dan tahun-tahun berikutnya nanti.

Teringat aku tiap kali kalau balik kampung.  Emak selalu kata makan lah banyak sikit.  Kurus sangat nak buat apa.  Bukannya boleh jadi ratu pun…hehehe tergelak aku.  Ratu?? alahai ratu kebaya ker mak??? 

Sebenarnya bila usia dah menjengah senjakala begini kesihatan kena juga jaga.  Itu penting dan memang tidak dinafikan.

Dan..yang paling aku suka kalau orang jumpa dan kata “Wahh..maintain kau Chombie”.

Huuhh.. kembang setaman beb.. Kau ada???

walau tak pernah jadi ratu kebaya..
tapi aku memang suka pakai kebaya



Saturday, December 29, 2012

DURIAN CREPE vs ALMOND BISCOTTI...


SABTU. 29/12/12

Sibuk sebenarnya.  Minggu ni banyak tempahan durian crepe.  Setiap hari pasti ada order.  Dan yang paling banyak dua hari lepas.. 50 peket.  Huhhh.. sesak jugak nafas.  Nasib baik tak semput.  Hari isnin ni ada lagi order.. 30 peket. Arrgghh..rezeki.  Bersyukur amat.

Durian memang sedia ada kat rumah.. Alahai kesian Baz dah komplen tak tahan bau durian...

Hari ni lapang sikit.  Selalu hari sabtu/ahad jarang ada order.  Kalau ada pun tak banyak.  Tapi sibuk la jugak.. Nak kena siapkan almond biscotti yang ditempah untuk majlis kahwin seorang kenalan.  Dia nak masukkan dalam goodies bag sebagai hadiah untuk tetamu nanti.

2000 pek... uikss banyak tu. Yalah..kena pek kecil-kecil.  Minggu depan dah kena hantar kat tuan rumah.  Harap-harap semuanya berjalan lancar.  

Ni minggu terakhir Baz bercuti.  Minggu depan dah kena hantar ke asrama semula.  Surat dari SDAR pun dah sampai.  Tarikh pendaftaran 1/1/2013 @ selasa.  Legaa.. tak payah nak apply cuti..

Semua barang untuk Baz dah settle.  Nasib baik.  Cuma aku risau pasal almond biscotti tu.  Banyak weeyy.. nak kena pek kecil-kecil.  Sapa nak bantu??


  
 durian crepe.. siap pek

   lagi....

   almond biscotti pek kecil-kecil..
banyak lagi belum siap




Friday, December 28, 2012

SALAM TAKZIAH...


JUMAAT. 28/12/2012

Dah hujung tahun pun.. cepat betul..lip..lap..lip lap disember dah sampai ke hujung.  Azam??  Alahai mana ada azam-azam ni.. tiap hari berazam nak jadi lebih baik. Itu saja.  Semoga dipermudahkan olehNya.  Begitulah yang diharapkan.

Tadi aku jumpa kawan lama.  Kami borak panjang.  Maklumlah lama sungguh tak jumpa.  Kebetulan sebenarnya.  Dia datang melawat kawan di wad.  Kami terserempak di café.  Lama jugak dia dok pandang aku…  heran kot tengok .. hehehhe

Dari cerita biasa sampailah ke cerita teman-teman lama yang dah menghilang dan tak timbul-timbul.  Sempat juga dia beritahu aku teman penulis  yang sama-sama kami dulu menganggotai KALAM (Persatuan Penulis Kuala Lumpur) dan kemudiannya RANTAI (Rangkaian Penulis Ibu Kota) telah kembali kerahmatullah pada 17 November 2012 yang lalu.  Khabarnya dia meninggal dunia ketika dalam tidur yang tenang. 

Allahyarham antara orang kuat ketika KALAM dan RANTAI ditubuhkan…dan pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank... puisi allahyarham termuat dalam antologi puisi Lambaian Nusa (DBP) serta antologi cerpen Terbang Jauh (DBP) juga antologi cerpen Tanglung Bunga Sakura (DBP).

Semoga roh allahyarham Azim Salleh @ Salehudin Ghazali diletakkan bersama orang-orang beriman. Sesungguhnya kita manusia tidak mengetahui bila, dan di  bumi mana serta dalam keadaan bagaimana kita akan menemui Allah. Semuanya tersimpan dalam ilmu Allah.  Hanya Dia yang maha mengetahui.

Salam Takziah buat keluarga allahyarham. 


 


Saturday, December 22, 2012

KAWAN LAMA & MAJLIS KENDURI KAHWIN...



SABTU. 22/12/12

Hari ni menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kawan lama.  Memang lama kami berkawan.  Sejak kecil.  Sama-sama sekolah rendah dan sama-sama sekolah menengah.  Kami memang akrab. 

Kebetulan aku ada di kampung pada hari majlis berlangsung.  Akhirnya dapat juga aku menghadiri majlis itu.  Lama kami tidak berjumpa.  Lama sungguh kami tidak berbual mesra seperti dulu-dulu.  Ialah masa yang ada amat terbatas lantas kami terpisah dalam jarak masa yang amat lama.  Bertahun…Alangkah..

Dari jauh aku lihat wajahnya.  Wajah yang riang itu masih seperti dulu juga.  Ramah dan mesra masih tidak berubah..

Apapun hari ini dia telah selamat menerima menantu.  Tahniah..  

Tahun depan dapt cucu kot.. aku cuba mengusik.

Hehehe.. aku bakal jadi nenek..

Nenek muda… kami sama-sama ketawa.


 pengantin sedang makan...

sempat bergambar kenangan dengan emak pengantin
aka kawan baik aku ...
aka kawan lama aku.. ..ANN

yang ni adik ANN...
juga kawan aku sewaktu kecil-kecil dulu..JAA