...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Sunday, July 29, 2012

MURTABAK "PELITA" SEDAP...

AHAD. 29/7/2012

9 Ramadhan.  Cepatnya masa berlalu.  Dah pun masuk 9 Ramadhan.  tanpa sedar.  Sibuk?? alahai memang sibuk pun.  Tapi sempat gak jengah blog ni..  rindu pulak nak menulis..

Hari ni hantar Baz balik ke asrama.  Sempena ramadhan ni dia dapat bercuti setiap minggu.  Maknanya setiap hari jumaat dia balik kerumah.  Hari ahad aku dan suami hantar dia ke asrama semula.

Sebenarnya Baz balik bercuti sejak jumaat lagi.  Ada kawan nak ikut balik sekali.  Alaa..ikut jer lah.  Kat rumah pun bukan ada sesiapa lagi.. cuma kami bertiga saja..Hari jumaat tu juga sempat bawa Baz berbuka kat Restoran Pelita Sri Hartamas.  Lama juga aku tak makan nasi kandar kat situ...  dan yang paling best murtabak ayam dia.  Peerrghhh.. besar dan sedap.  memang tak  boleh dapat kat mana-mana bazar ramadhan pun.

baru jer sampai.. orang tak ramai sangat...


menunggu waktu berbuka...muka poyo jer..Baz & Muaz..
 
murtabak Pelita..memang sedapp.. tak cukup satu..bertambah..

nasik kandaq Pelita..banyak lauk dari nasik.. sapa punya daaa..
 

No comments:

Post a Comment