SELASA. 17/7/2012
Begitu pantas masa berlalu. Antara sedar Ramadhan semakin menghampiri. Kalau diizinkan Tuhan sabtu ni dah mula berpuasa. Dah ganti puasa ker.. isshhh..dah ler.. syawal lagi dah selesai.. syukurrr..
Petang semalam jumpa sorang kawan. Dia baru nak mula ganti puasa. Naper sampai macam tu sekali errkk.. lupa ker.
Aku sibuk sampai lupa nak ganti.
Abis tu sempat ker???
Direct la buat sampai jumaat.. hari sabtu terus puasa Ramadhan.
Terbeliak aku dengar penerangan yang jelas dan nyata itu. Nak tergelak pun ada.. Fatwa manalah yang dia ikut tuuu..
Setahu aku mana ada orang ganti puasa pada penghujung syaaban ni. Mesti kena ada “break” jugak.. Selebihnya kena tanya ustaz atau ada sesiapa yang tahu boleh lah bagi komen. Aku rasa cukup bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan dan dapat menggantikan puasa dalam bulan syawal lagi. Seperti tahun-tahun lepas tahun ini juga aku masih mampu untuk berpuasa sunat Rejab dan juga Syaaban. Bersyukur amat…
Begitulah hidup.. kadangkala sukar untuk dihitung perjalanan waktu yang dilalui. Cuma kita perlu pandai menilai sejauh mana kemampuan yang ada pada diri. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih diberkati dan sentiasa di dalam rahmatNya…
No comments:
Post a Comment