SELASA.
23/10/2012
Huhuhuu..cepat masa
berlalu. Esok lusa kita dah nak sambut
Hari Raya Korban. Macam biasalah
tempahan ketupat palas semakin meningkat.
Regular customer..customer baru semua nak order. Syukur Alhamdulillah. Rezeki namanya. Dan aku pun mulalah berada pada tahap paling
sibuk.. sibuk sangat lahh..
Tapi dalam sibuk-sibuk tu
pun sempat juga menemani suamiku main bowling di e@curve sabtu lepas. Dia ada pertandingan antara jabatan tempat
bertugas. Apalagi Sime Darby lah.
Barangkali rezeki aku. Ada pulak group yang tak cukup pemain. Apalagi terjahlah sebagai bidan terjun…hahahhaha.. Lama sungguh aku tak main bowling. Bukan berbulan..bertahun..tapi
bertahun-tahun. Lama tuhh.. arrgghh..redah
jer..baling.. tapi skill masih ada.
Apapun aku cukup berbangga
kerana disetiap game (ada 3 game sebenarnya) aku tidak kekok dan sudah
semestinya dapat membuat X.
Perrghh.. pemain veteran daaa.. Bukan main suka budak-budak group
aku.. hehhee..tak sangkalah akak boleh
main..isshh memuji la pulak.
Agaknya memang sudah
rezeki..group aku menjadi juara kumpulan dengan kiraan yang paling tinggi.. apalagi
melompat sakan lahhh.. macam company aku
la pulak..huhuhuu. Apapun tahniah juga buat
suami sebab group dia dapat tempat ketiga..dia dapat lucky draw lagi..perrghhh
dasattt....
Bidan terjun yang terjah
tapi mengena jugak akhirnya.
Pin Junction e@curve
balingggggg...perghh X saja...
pilih ..jangan tak pilih..
yuhuuuu... juara..dapat piala lagi
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN..
TEMPAHAN KETUPAT SUDAH TUTUP KERANA ESOK
DAN LUSA ADALAH MASA PENGHANTARAN…
No comments:
Post a Comment