...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Sunday, July 29, 2012

MURTABAK "PELITA" SEDAP...

AHAD. 29/7/2012

9 Ramadhan.  Cepatnya masa berlalu.  Dah pun masuk 9 Ramadhan.  tanpa sedar.  Sibuk?? alahai memang sibuk pun.  Tapi sempat gak jengah blog ni..  rindu pulak nak menulis..

Hari ni hantar Baz balik ke asrama.  Sempena ramadhan ni dia dapat bercuti setiap minggu.  Maknanya setiap hari jumaat dia balik kerumah.  Hari ahad aku dan suami hantar dia ke asrama semula.

Sebenarnya Baz balik bercuti sejak jumaat lagi.  Ada kawan nak ikut balik sekali.  Alaa..ikut jer lah.  Kat rumah pun bukan ada sesiapa lagi.. cuma kami bertiga saja..Hari jumaat tu juga sempat bawa Baz berbuka kat Restoran Pelita Sri Hartamas.  Lama juga aku tak makan nasi kandar kat situ...  dan yang paling best murtabak ayam dia.  Peerrghhh.. besar dan sedap.  memang tak  boleh dapat kat mana-mana bazar ramadhan pun.

baru jer sampai.. orang tak ramai sangat...


menunggu waktu berbuka...muka poyo jer..Baz & Muaz..
 
murtabak Pelita..memang sedapp.. tak cukup satu..bertambah..

nasik kandaq Pelita..banyak lauk dari nasik.. sapa punya daaa..
 

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN...

SABTU. 20/7/2012

Hari pertama Ramadhan.  Selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat.  Semoga puasa kali ini akan lebih diberkati dan sentiasa mendapat rahmatNya.

Seperti biasa hari ni pun aku memang sibuk.  Pagi pergi pasar tani dan kemudiannya ke pasar chow kit cari barang keperluan.  Selebihnya cuma dirumah sambil menghabiskan banyak kerja yang sedia ada.  Letih?? adalah jugak..tapi orang kata kalau nak berjaya kena kerja keras.. kena tekun dan kena yakin.  Jadi aku ikut semua kata-kata perangsang itu..  jadi letih tu tolak jer ke tepi...

Petang ke Pasar Ramadhan.  Tak jauh pun.. area Rawang jugak.  Cari apa yang sedap.. dan apa yang menarik.  Peniaaga pun dah pandai naikkan harga.  Tahun lepas harga ayam uncle bob cuma RM5.50..tapi hari ni dah naik RM6.00.  Ada juga kuih muih yang dijual pada raga RM 0.50 seketul.. tak besar mana pun.  Mahal jugak errkk..  

Bahan mentah naik harga dik.. tu pasal kena mahal sikit...itu kata seorang peniaga.

Errmmm.. macam tu pulak.  patut ker??



senja berlabuh..dah nak masuk waktu berbuka...

Tuesday, July 17, 2012

MENGINTAI TABIR RAMADHAN….

SELASA. 17/7/2012
Begitu pantas masa berlalu.  Antara sedar Ramadhan semakin menghampiri.  Kalau diizinkan Tuhan sabtu ni dah mula berpuasa.  Dah ganti puasa ker..  isshhh..dah ler.. syawal lagi dah selesai.. syukurrr..
Petang semalam jumpa sorang kawan.  Dia baru nak mula ganti puasa.  Naper sampai macam tu sekali errkk.. lupa ker. 
Aku sibuk sampai lupa nak ganti.
Abis tu sempat ker???
Direct la buat sampai jumaat.. hari sabtu terus puasa Ramadhan.
Terbeliak aku dengar penerangan yang jelas dan nyata itu.  Nak tergelak pun ada.. Fatwa manalah yang dia ikut tuuu..
Setahu aku mana ada orang ganti puasa pada penghujung syaaban ni.  Mesti kena ada “break” jugak.. Selebihnya kena tanya ustaz atau ada sesiapa yang tahu boleh lah bagi komen.  Aku rasa cukup bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan dan dapat menggantikan puasa dalam bulan syawal lagi.  Seperti tahun-tahun lepas tahun ini juga aku masih mampu untuk berpuasa sunat Rejab dan juga Syaaban.  Bersyukur amat…
Begitulah hidup.. kadangkala sukar untuk dihitung perjalanan waktu yang dilalui.  Cuma kita perlu pandai menilai sejauh mana kemampuan yang ada pada diri.  Semoga Ramadhan kali ini akan lebih diberkati dan sentiasa di dalam rahmatNya…

Monday, July 16, 2012

SIBUK SANGAT AKU..…

ISNIN. 16/7/2012

Lama sungguh tak update blog ni.. Aku pun dah jarang menjengah.  Alahai… malas lah tu.  Bukan malas.  Tapi aku kesuntukan masa untuk menulis.  Bahan cerita memang ada.. tapi masa begitu membatasi segalanya…
Hari ni pun aku dapat panggilan dari beberapa teman yang masih setia mengikuti perkembangan cerita blog aku.  Kata mereka blog aku dah suram..kusam dan tak bermaya.. Hehehehhe..macam –macam laaa.. kusam..suram..isshh pandai sungguh dia orang errkk.
Tulis la apa pun.  Dah tak der cerita ker.
Huuhhh..bukan tak der la..tapi aku sibuk sekarang ni.  Terlalu sibuk sehingga tiada ruang untuk duduk depan lap top.  Dulu-dulu boleh jugak duduk depan lap top 3 atau 4 jam.. laa niii.. pergghhh..nak buka lap top pun berkira masa..
Uikkss.. sampai macam tu sekali???..Ahaaa.. macam tulahh..
Apa yang sibuk sangat tu???
Adalah….projek Ramadhan dah bermula.
Projek apa???
Rahsia.  Nanti aku cerita.  Bagilah aku sedikit ruang.
Isshhh.. tak sabar niihh .  Nak jugak tahu..
Nantilah.. kena jugak sabar.. Bukankah sabar itu separuh dari iman. 
Ahaaa.. sabar adalah segalanya.  Tapi jangan sampai hilang sabar.  Sebab berdiam tu bukan bermakna tidak tahu apa-apa… cuma malas nak layan.   Takut nanti ada pulak yang terluka dan tarik muka. 
Isshhh..dah ada pun yang tarik muka.  Dah lama dahhh. Yang dok riuh rendah kat FB pun ada…

Bunyi macam menyindir jer…
Ahaaa.. sapa makan cili dia rasa pedas..  tak boleh lama-lama..calooooo...


gambar hiasan...sekadar memenuhi permintaan seorang teman..