...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, January 23, 2014

PALING LARIS.... TELEKUNG LYCRA 2 TONE WARNA

KHAMIS. 23/1/2014

Hari ni nak buat iklan lah sikit. Saja nak tolong kawan-kawan berbisnes. Rezeki dari Allah Taala.  Cuma kita perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan.  Bila ada kejayaan..adalah rezeki.  Namun aku amat bersyukur kerana dalam tahun ini dilimpahkan rezeki olehNya. Semoga dipermudahkan segala urusan.  Amin.

Sekarang ni musim orang pakai telekung lycra.  Sana sini lycra.  Sama ada untuk solat atau untuk mengerjakan umrah.  Melambak kat Jalan TAR.  Mat Bangla pun jual telekung lycra.

Tapi yang aku nak cerita ni special sikit.  Telekung lycra 2 tone dari Korea dengan gred AAA yang berkualiti tinggi. Tidak seperti yang di jual di pasaran.  Telekung ni custome made dan dijahit sendiri oleh tukang jahit khas untuk fabric lycra sahaja.  Jahitan kemas dan cukup selesa.

Aku dah beli satu.  Memang berbaloi sangat. Harga pun ok.  Fabrik lembut, tidak berkedut, tidak panas dan amat selesa. Kalau nak tahu..kenalah beli satu.  Dan bagi yang mengenali aku dan selalu melawat blog ni kalau nak tengok sample pun boleh.  Bagi sesiapa yang nak order atau nak tanya boleh lah contact no ni 019 322 6116.

Apalagi..jom la layan gambar yang mana aku sempat upload kat sini.



 tiga warna yang paling digemari



memang cantik


jom order...





Saturday, January 18, 2014

JALAN-JALAN KE UTARA...

SABTU. 18/1/2014

Ni cerita lama ..Cerita masa cuti sekolah Disember lepas. Masih lagi cerita cuti.  Hari tu bercuti di selatan.  Kali ni nak cerita bercuti di utara lah pulak.  Kalau time cuti cenggini tak balik kampung memang tak sah lah.

Baz pun sibuk nak balik kampung.  Maklum cuti sekolah panjang.  Dia nak sangat duduk ngan Mak Tok dan Tok Ayah di kampung untuk seminggu atau dua minggu pun tak kisah.

Jadi bawalah juga Baz balik kampung.  Kesian pulak tengok dia kat rumah ni sorang jer.  Asyik layan PS3.. Duduk lah dia kat kampung.. bermanja ngan Mak Tok dan Tok Ayah.

Sebelum result PMR diumumkan hari tu, aku dan Mr hubby pun bercuti lah untuk selama beberapa hari. (itu saja cuti yang masih berbaki).  Nak ambil Baz balik semula ke KL dan bercuti untuk beberapa hari. Bila dah balik kampung tu mulalah langkah panjang.  

Nak pi mana errkk???  Mula-mula abah nak ajak pi Pekan Rabu di Alor Setar. 



dah sampai..Pekan Rabu Alor Star


Lama juga aku tak singgah Pekan Rabu.  Dah banyak yang berubah.  Gerai jualan pun Nampak lebih kemas dan teratur.  Banyak yang dijual sebenarnya.  Dari makanan hinggalah ke pakaian.  Nak borong?? Jom pilih…



yang ni best..macam-macam acuan ada



makanan tradisi



ikan masin..pekasam


Poket dah ringan pun.  Hehehe..macam bocor jer.. Lepas ni nak beli apa lagi??  Ada lagi yang belum beli tuuu..

Ibu nak pi Padang Besar boleh tak??

Jauh sangat tu.

Nak beli apa?

Jersey bola yang latest..

Senyum sambil jelling Mr Hubby.

Jommmm…

Huhuhuu.. rasa macam nak melompat jer..

Lepas Pekan Rabu kami ke Padang Besar lah pulak..di negeri Perlis bersempadan dangan Thailand.



dah nak sampai pun...

Nak melawat Gua Kelam tak?

Tak mo laaa.. terus pi Padang Besar.. Sopingggggg..

Yeeaayyyyy.. dah sampai pun Padang Besar.  Huhuhuu.. ramainya manusia kat sini.  Cuti sekolah macam nil ah.  Nak parking kereta punyalah payah.  Melilau sakan..



yuhuu.. start sopinggg..



rambang mata..macam-macam ada....



jom naik motor..ronda-ronda.....




Friday, January 17, 2014

HARI UNTUK LEPAK...

JUMAAT. 17/1/2014

Cuti hari Thaipusam.  

Tak ada rancangan nak kemana pun.  Kebetulan semalam Baz balik bercuti.  Bawa balik kawan.. 2 orang. Jadi hari ni aku masaklah untuk mereka.  Lepas solat jumaat dia orang dah nak balik ke Seremban semula.  Mungkin ada hal kot.  Yang tinggal cuma Baz...

Hari ni Baz banyak habiskan masa buat kerja sekolah.  Adalah dua tiga subjek. Nampak dia macam penat jer.  Apa tak nya malam tadi tidur lewat.  Layan PS3 dengan kawan-kawan sampai ke pagi..  Huhhh.. dah biasa bila time cuti macam ni.  

Hari ni masak kari ikan.  Lupa nak snap gambar pun.  Dah lama Baz tak makan kari.  Dan dia yang request nak makan kari.  Wahh.. aku tengok bertambah dia makan.. 




pic lama....kari ikan siakap



Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435

SELASA. 14/1/2014

Cuti Maulidur Rasul.  

Salam Maulidur Rasul kepada Muslimin dan Muslimat juga pembaca blog Mamaleeya. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkataan dariNya.

Minta maaf kerana sejak akhir-akhir ni Mamaleeya jarang nak update blog.  Kekangan masa dan sibuk dengan rutin pejabat menjadikan segalanya amat terbatas.

Mamaleeya akan cuba mengupdate blog ini sekerap mungkin.  Terima kasih pada pembaca yang sentiasa memberi sokongan.  Ada email yang Mamaleeya tak sempat nak balas.  Nak BW pun tak sempat...



Sunday, January 5, 2014

SELAMAT ULANGTAHUN ANAKKU…

AHAD. 5/1/2014

Genap usia Baz 16 tahun hari ni.  Satu-satunya anak tunggal yang kami ada.  Apapun bersyukur padaNya kerana memberi yang terbaik pada Baz.  Seorang anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang cemerlang!  Semoga semua ini akan berterusan selagi hayat dikandung badan.  Insyaallah.  Semoga dipermudahkan olehNya. 

Hari ni aku dan Mr hubby ke SDAR.  Rutin mingguan sejak dari Baz tingkatan 1 lagi.  Seminggu sekali mesti nak pergi tengok dia.  Mesti luangkan masa.  Mesti.. Itu adalah jadual penting setiap hari ahad.

Kebetulan hari ni birthday Baz.  Jadi belanja lah juga kawan-kawan dorm dia.  Tak ramai pun, cuma lapan orang jer. Apa nak beli kali ni.  Ahaa.. KFC kan senang.  Apalgi jom beli…



tunggu order...


Sampai kat SDAR jam 12.30 tengahari.  Birthday boy dah tunggu la..  Kami lepak kat kantin.  Makan dan borak ..


untuk kawan-kawan dorm

“Untuk Baz selamat ulangtahun yang ke 16.  Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dilindungi Allah selalu.  Teruskan menjadi anak yang baik dan cemerlang.  Ibu dan abah sentiasa mendokan yang terbaik buat Baz.  Semoga berjaya di dunia dan akhirat.  Amin.”


birthday boy...






hehehe.. sempat jugak..

Wednesday, January 1, 2014

KEMBALI KE SEKOLAH...

RABU. 1/1/2014

Cepatnya masa berlalu.  Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru. Macam tahun-tahun sebelum ni..Baz dah pun kembali semula ke asrama.

Jadi acara hari ni memang padat.  Pagi lagi dah bersiap nak ke Seremban.  Pendaftaran pelajar bermula hari ni.  Semua dah ready.  Baju, kasut, beg dan segala macam keperluaan sekolah dah sedia.  Yang penting duit yuran, duit makan dan segala macam duit perlu ada sewaktu pendaftaran nanti.  Senarai semak juga dah lengkap!..Jom gerak ke SDAR…

Awal juga kami sampai.  Sebenarnya pendaftaran jam 2 petang.  Datang awal penting sebab nak kemaskan dorm.  Lepas settle semua pergi makan kat Senawang.  Legaa.. semua berjalan lancar.



Cuma lepas ni aku mesti rasa sunyi.  Sebulan lebih Baz ada bercuti bersama kami.  Balik kerja dia mesti bukakan pintu.  Tapi esok dah tak der semua tu.. Rasa sedih, sebak, pilu mula memenuhi ruang hati.  Alangkah!.. Tadi pun sewaktu mahu meninggalkan Baz, aku peluk tubuhnya erat-erat. Ada juga airmata yang gugur.. Ah..hati seorang ibu..

Jadi untuk mengubat rasa sedih itu,,Mr hubby dah janji nak singgah Mantin.  Apalagi…mesti nak makan durian.. Huh.. memang rezeki lah.  Durian melambak.  Amik kau! Makan selagi boleh.  

Bukan durian saja yang dijual.  Macam-macam buah ada.  Manggis, rambutan, duku langsat, cempedak, nangka madu, belimbing, nenas dan aku pun tak ingat buah apa lagi yang ada. Asyik leka makan durian sampai lupa nak snap semua gambar.. Jadi ni saja yang aku sempat ambil....



dah sampai...



yuhuu... berbakul-bakul



terbaekkk laaa..



nangka & pulasan



duku langsat & belimbing.