...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, November 8, 2013

MACAM CANTIK JER.... MACAM COMEL JER...

JUMAAT. 8/11/2013

Popular sangat ayat ni sekarang.  Video Syasya Macam cantik jer... Macam comel jer...dah jadi viral kat negara kita ni.  Videonya menjadi tumpuan dan mula viral selepas dia membuat wajah comel dengan memuji diri sendiri comel dan cantik dalam nada gedik.

Aku tau video ni pun dari kengkawan peserta kursus hari tu.  Penceramah pun ada gak selitkan perkataan tu. Tapi bila penceramah buat macam tu aku nak tergelak la jugak. Hehehe...macam gedik jer... macam gedik jer..macam tak jadi jer...



kursus hari tu... ehh..macam comel jer..


Baru-baru ni Nora Danish pun turut memuat naik satu video parodi dengan meniru gaya remaja yang bernama Syasya.  Nora dan anaknya Rayqal turut meniru aksi yang sama.  memang comel pun !  Tidak dinafikan Nora Danish memang comel.

Ok,,tinggal jer cerita tu.  Nak selitlah juga sesi makan durian minggu lepas kat Mantin.  Durian memang fresh sangat..sebab baru gugur dan terus dijual.  Makan kat situ lah jugak.  Sekali hadap 5 biji memang berbaloi.  Huuhh  aku kan hantu durian.  Ada aku kesah???



Comel tak???
 Hahahaa.. macam kuat makan jer...macam kuat makan jer.





Wednesday, November 6, 2013

HILANG BOSAN...JOM TENGOK WAYANG

RABU. 6/11/2013

Ni cerita hari selasa.  Cuti sempena Maal Hijrah. Tak der buat apa pun.  Melepak kat rumah.. masak.makan dan tidur.  Itu saja.

Bosan la jugak.  Akhirnya hubby ajak tengok wayang. Oppsss.. melompat sakan.  Akhirnya. Taklah terperap kat rumah seharian.  

Kalau dulu nak tengok wayang kami akan ke KLCC, MV atau pun The Curve.  Tapi sejak ada TGV kat AEON Rawang dah tak pi jauh-jauh lagi.  TGV dekat jer ngan rumah.  Nak tengok tiap-tiap minggu pun boleh.  

Sebenarnya baru bulan lepas kami tengok KL Gangstar 2.  Seronok la jugak tengok Rosham Nor, AAron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan banyak lagi yang berlakun.  Berlawan dari mula sampai habis.  Dialog tak usah cakap lah.. memang dialog samseng habis!

Kami tengok filem THOR: THE DARK WORLD. Jalan cerita menarik.  Tak bosan pun.  Boleh lah layan. Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta.




Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak.




Lepas ni nak tengok Tom Yam Goong 2 pulak.  Dibintangi  oleh pelakun handalan Tony Ja yang pernah berlakun dalam filem Ong Bak.  Rata-rata menyakan filem Tom Yam Goong 2 ni menarik.  Jadi apa lagi..minggu depan boleh lah serbu...







Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435...

ISNIN. 4/11/2011

Salam Maal Hijrah 1435 buat semua pembaca yang sering menjengah blog mamaleeya. Kawan-kawan yang dikenali atau pun tidak.  Hendaknya kita akan berhijrah ke arah yang lebih baik.  Semoga sentiasa di rahmati dan diberkati olehNya.  Amin.



sayang selalu....


Saturday, November 2, 2013

HARI SABTU : SHOPPING, RONDA SAMBIL UKUR JALAN TAR...

SABTU. 2/11/2013

Cuti hari deepavali.  Kebetulan jatuh pada hari sabtu.  Tiada cuti berganti. Rugi rasanya..

Nak kemana cuti-cuti ni yer.  Kebetulan Baz balik bercuti.  Bawa balik 2 rakan sekelas.  Ahad dah nak hantar dia balik semula ke asrama. Memang tak ada rancangan nak bercuti ke luar KL pun.  Paling tidak pun pergi shopping.  Kat mana yang best?.

Lama juga tak keluar ke Jalan TAR.  Tempat shopping yang macam-macam ada.  Sebut jer apa nak.  Semua ada! .  Baz pun nak beli jersi bola.  Apalagi jom...

Awal juga kami sampai.  Sarapan kat warung mamak jer.  Dah lama tak pekena teh tarik mamak kat Masjid India.  Teh tarik kat gerai mamak tu memang sedap..pekat, melekat, lemak, manis dan cukup rasa.  Memang menjadi kegemaran aku dan suami sejak dulu lagi.  Ni antara gerai mamak yang masih ada di sekitar masjid india. Aku panggil Gerai Catok . (Gerai kecik yang duduk dicelah-celah deretan bangunan jual baju/kain/buku agama)


teh tarik yang sedap tu.. dalam gelas pun bole..dalam cawan pun bole



roti canai sekali hadap.. diet tolak tepi



senario biasa kat gerai mamak catok macam ni.. 
orang yang tak biasa mesti rasa penin..


Tempat memang kecik pun.  Letak meja panjang dan deretan kerusi sepanjang meja. Memang kurang selesa, tapi seronok juga sekali sekala sarapan disitu.  Kaum mamak memang ramai. Yang bukan mamak pun ramai jugak.  Apalagi chombie pun mencelah lah juga..hehehe.. kulit lebih kurang sama jer..yang penting teh tarik sama roti canai kena makan.  Dah lama sangat mengidam!

Hari ni kita ukur Jalan TAR yer, tengok berapa panjang dan berapa ramai orang. Huhu..tergelak aku.  Cuma larat atau tidak kaki melangkah. Mestilah larat sebab hari-hari minum NOVAVITA yang semakin femes tu.   (Nanti aku tulis tentang NOVAVITA..minuman kolagen yang dapat mengatasi masalah kulit, penuaan dan kesihatan)

Sempat juga singgah depan SOGO tengok persembahan artis jalanan. Kebetulan lalu di situ dia orang tengah nyanyi lagu Hattan.  Lepak sekejap.  Hehehe tangkap syahdu lah pulak. Lepas nyanyi 3 atau 4 buah lagu salah sorang dari anggota kumpulan tu akan bawa uncang untuk kutip duit.  Terpulang nak bagi atau tidak.  Tak kisahlah.  Itu cara dia orang cari rezeki.  Aku hormati.



brader baju hitam yang main gitar tu nyanyi lagu Hattan.. best sangat


Baz dan kawan dia sibuk nak cari jersi bola. Redah pula pasar malam.  Nasib hujan dah mula reda. Punyalah ramai manusia..Bau kuah laksa buyong yang dijual menusuk hidung. Membangkitkan aroma yang sukar digambarkan.  Tiba-tiba teringat laksa penang yang emak selalu buat. Huhh.. emak! rindu pulak...


jalan jem teruk..





banyak betul Baz borong jersi kat sini..