SABTU. 20/4/2013
Hari ni memang tak ada pun acara menarik selain dari penamaan calon untuk PRU13. Mengadap TV ..tengok apa yang patut. Semua cerita yang sama..alahai bosan!
Apalagi jom tengok wayang. G.I JOE : Retaliation kat TGV. Tayangan 2.30 petang. Sempat lagi ronda-ronda sambil makan tengahari.. sempat lagi shopping..
G.I Joe : Retaliation, sebuah filem sci-fi action yang diarahkan oleh Jon M. Chu dan dibarisi ramai pelakon yang hebat seperti Bruce Willis (General Joseph Colton), Dwayne Johnson (Roadblock), Channing Tatum (Duke), D.J Cotrona(Flint), Lee Byung-hun (Storm Shadow), Adrianne Palicki (Lady Jaye), Ray Park(Snake Eyes), Jonathan Pryce (President of USA), Ray Stevenson (Firefly), Arnold Vosloo (Zartan), Elodie Yung (Jinx) dan Luke Bracey (Cobra Commander).
G.I. Joe bukan sahaja berhadapan dengan musuh ketat mereka, Cobra. Tetapi mereka juga berhadapan dengan Zartan (Arnold Vosloo) yang telah menyamar sebagai Presiden yang bertindak membubarkan pasukan G.I. Joe. Dengan ketiadaan Duke yang telah terbunuh didalam satu serangan, bagaimanakah mereka boleh menumpaskan cobra?
menu makan tengahari.
jadi hari ni tak der menu wajib pop corn untuk kudap-kudap..
sebabnya dah kenyang melantakk..
jadi hari ni tak der menu wajib pop corn untuk kudap-kudap..
sebabnya dah kenyang melantakk..
Overall aksi filem ini mendebarkan terutama di babak Snake Eyes (Ray Park) bertempur dengan Ninja di cerun bukit ketika di dalam misi mencolek Storm Shadow. Memang best sangat... dan kehadirannya tidak mengecewakan dengan aksi yang cukup lincah.
Filem ni memang patut ditonton bagi sesiapa yang dah tengok G.I Joe : The Rise of Cobra dulu... Cerita penuh aksi dari mula hingga akhir. Tak mengantuk walaupun suamiku baru lepas makan ubat demam/batuk. Hehe..kesian dia demam la pulak..
No comments:
Post a Comment