...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, April 30, 2013

LASER TAG DI MV...

SELASA. 30/4/2012
Lewat update.  Ni cerita hari sabtu.  Pagi lagi dah terpacak kat MV.. huhuhu.. Temankan suami sebenarnya.  Department dia ada game kat galactic laser. Dari dok umah tak buat apa-apa ….aku ikutlah.
Ada sorang kakak tu nak sangat aku join group dia orang.  Katanya dia tak cukup orang nak main.  Alahaii.. aku mana pandai main benda ni.  Nilah kali pertama.  Nak tak nak join jugak lah...jadi bidan terjun....
Ada 4 group semuanya.  Merah..biru..hijau dan hitam.  Aku dalam group hitam.  Ada briefing bagai..  errmmm.. tembak guna laser rupanya.  Tak lah sakit.  Seronok lah sangat kan.  Tapi dalam seronok tu punylah penat.. maklum tempat besar.  Nak sembunyi dari musuh..nak tembak musuh.. hehehe..belasahhh.

galactic laser @ tingkat 3 MV
sebelum main kena pakai tag tangan dulu...
 Tag ni depa scan untuk dapatkan target menemb

baru lepas bertempur ngan group hijau… letihhh

 akhirnya..tempat ke 4..group hitam

tempat ke 3..hijau

tempat ke 2.. biru..
tahniah buat group suamiku


 johan....merah

selesai dah.. lepak kat sini..sambil borak..
apapun memang enjoy sangattttt…

Saturday, April 20, 2013

TENGOK WAYANG - G.I JOE : Retaliation


SABTU. 20/4/2013


Hari ni memang tak ada pun acara menarik selain dari penamaan calon untuk PRU13. Mengadap TV ..tengok apa yang patut.  Semua cerita yang sama..alahai bosan!
Apalagi jom tengok wayang.  G.I JOE : Retaliation kat TGV.  Tayangan 2.30 petang.  Sempat lagi ronda-ronda sambil makan tengahari.. sempat lagi shopping..




G.I Joe : Retaliation, sebuah filem sci-fi action yang diarahkan oleh Jon M. Chu dan dibarisi ramai pelakon yang hebat seperti Bruce Willis (General Joseph Colton), Dwayne Johnson (Roadblock), Channing Tatum (Duke), D.J Cotrona(Flint), Lee Byung-hun (Storm Shadow), Adrianne Palicki (Lady Jaye), Ray Park(Snake Eyes), Jonathan Pryce (President of USA), Ray Stevenson (Firefly), Arnold Vosloo (Zartan), Elodie Yung (Jinx) dan Luke Bracey (Cobra Commander).

G.I. Joe bukan sahaja berhadapan dengan musuh ketat mereka, Cobra. Tetapi mereka juga berhadapan dengan Zartan (Arnold Vosloo) yang telah menyamar sebagai Presiden yang bertindak membubarkan pasukan G.I. Joe. Dengan ketiadaan Duke yang telah terbunuh didalam satu serangan, bagaimanakah mereka boleh menumpaskan cobra?

menu makan tengahari.
 jadi hari ni tak der menu wajib pop corn untuk kudap-kudap..
sebabnya dah kenyang melantakk..


Overall aksi filem ini mendebarkan terutama di babak Snake Eyes (Ray Park) bertempur dengan Ninja di cerun bukit ketika di dalam misi mencolek Storm Shadow. Memang best sangat... dan kehadirannya tidak mengecewakan dengan aksi yang cukup lincah.

Filem ni memang patut ditonton bagi sesiapa yang dah tengok G.I Joe : The Rise of Cobra dulu... Cerita penuh aksi dari mula hingga akhir.  Tak mengantuk walaupun suamiku baru lepas makan ubat demam/batuk.  Hehe..kesian dia demam la pulak..

Friday, April 5, 2013

SIRI JJCM : ILHAM NASI KUKUS

JUMAAT. 5/4/2013

Teringin sangat nak makan nasi kukus ni.  Kebetulan pernah menonton siri JJCM kat TV3.  Tengok Iqram makan..peerrgghhh.. berselera…macam sedaplah sangat.  Pernah juga dengar cerita dari kawan-kawan tentang Ilham Nasi Kukus kat Mutiara Damansara.

ni diaaa... aha.. jumpa pun..
Cuti sekolah hari tu bawa Baz ke sana.  Dekat jer dengan Ikea dan Tesco.  Cuma kedudukan kedai Ilham Nasi Kukus ni terletak di deretan kedai dalam kawasan perumahan.  Berhadapan surau Mutiara Damansara.  Memang tak susah nak cari.

Sewaktu kami sampai, tak ramai lagi yang beratur.  Mungkin hari sabtu atau belum masuk waktu makan tengahari.  Ada yang unik di sini.  Nak order kena beratur.  Sama ada kita tapau atau makan kat restoran tu semua nasi dan lauk dibungkus dalam kertas warna coklat yang tertulis Ilham Nasi Kukus.  Dah dapat nasi.. order air (ambil sekali) dan bayar.  Huhuuu…semudah 1..2..3..
kena beratur tauu... jangan potong Q..

nasi dibungkus ..boleh makan kat kedai atau tapau bawak balik umah..
ada sambal ikan bilis..ayam goreng berempah..nenas..kuah


Banyak tempat duduk kosong.  Buka bungkusan dan makan… hehehe.. sedapp.  Makan pula waktu nasi dan ayam masih panazzz..  patutlah orang ramai beratur panjang semata-mata nak makan nasi kukus ni….  Boleh cuba bagi penggemar nasi kukus ayam berempah..

Baz dah kenyang.. terlentokk.. tinggal tulang jer..
yang tak abis tu aku punya... nasi dia banyak sangat...