...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, June 15, 2012

MASA….. CEPATNYA BERLALU

JUMAAT. 15/6/2012
Dah pun jumaat.  Cepat masa berlalu.  Rasanya aku baru hantar Baz balik asrama dia.  Tup..tup.. hari ni dia dah nak balik bercuti pulak.  Sekolah dia cuti sampai hari isnin. Ialah Israk Mikraj jatuh pada hari ahad.  Jadi hari isnin pun cuti lah.
Tanpa sedar hari ni dah pun 25 Rejab.  Lepas tu Syaaban.  Kemudian Ramadhan… ohhww.. cepatnya.  Puasa dah ganti ker?.. hehehhe..dah la.  Awal-awal lagi dah buat.  Sekarang ni cuma puasa sunat Rejab sahaja.  Itu pun sekadar termampu..  Syukurlah…
Hari ni Baz balik naik komuter.  Lepas kerja nanti aku amik dia kat Stesyen Komuter Putra. Harap-harap semuanya berjalan lancar.  Hahaa..tak sabar nak jumpa Baz…..
Nak makan malam kat mana ?.. Lapar la pulak.  Tengahari tadi tak makan pun.  Dah lama tak makan Nasi kandaq kat Pelita Hartamas tu.. atau mee rebus Baidali kat Aji Don,  Hartamas Shopping Centre.  Tiba-tiba teringat pulak  Restoran Poyo kat Solaris Dutamas..  Restoran tu pernah masuk  Jalan-jalan cari makan @TV3.  Jom cubaa….sebab tengok menu mengancam jer… Isshhh.. semua nak makan errkk.. besar betul tembolok dia..huhuhuuu

Tuesday, June 12, 2012

RUANG SEPI ITU...

SELASA. 12/6/2012
Uikksssss… lamanya tak jengah blog sendiri.  Nak menulis pun rasa malas.  Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba saja datang.  Malas dan malassss.. huhuhuu.. penyakit kot.  Bukan tak ada bahan untuk dikongsi.  Banyak.  Tapi segalanya seperti tak menjadi.
Hari ni aku gagah juga untuk menulis.  Jika dibiar terlalu lama.. nanti usang pulak blog aku.  Penuh habuk dan sesawang.  Ialah, macam rumah usang yang tak berpenghuni.  Suram dan kadangkala menyeramkan…
Ada juga yang tanya kenapa tak update blog.  Rupanya ada juga yang mengikuti perkembangan aku melalui tulisan.  Katanya dia dah mula meminati hasil tulisan aku.  Alahai.. aku menulis untuk kepuasan sendiri.. sekadar berkongsi cerita… sedih, suka dan kadangkala sedikit rasa duka.. betulkah begitu??  Terpulang pada penerima.  Tapi apa yang tertulis adalah cebisan dari sebuah kehidupan yang dilalui.
Hari ni terasa sepi sekali.  Baz dah kembali ke asrama.  Ahad lepas aku dan suami menghantar dia.  Aku cuba menahan sebak di dada bila dia bersalam dan memeluk aku di saat mahu beredar.  Namun tak daya.. airmata tumpah juga..Emosi sedikit terusik…Sedih berlagu pilu.  Alangkah…
Ahad depan jumpa lagi.. seminggu jer.  Hati mula memujuk.  Ahaaa.. benarlah seminggu.  Tapi ruang yang ada terasa benar sepinya.. Di mana-mana....