...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, January 31, 2012

CEKODOK IKAN BILIS

ISNIN.  30/1/2012 
Sejak anakku tinggal di asrama, aku jarang masak untuk makan malam.  En suami pun tak kisah sangat sama ada nak dinner atau pun tak..(ok jugak, sekurang-kurangnya ringan skit kerja aku..hahahahaha..  Kecualilah anakku pulang bercuti di rumah.  Aku akan masak dan kami akan dinner bersama.

Sejak dalam kereta balik dari kerja tadi aku dah bercadang nak buat cekodok ikan bilis.  Lama juga tak makan.  En. Suami pun setuju.  Dia penggemar cekodok ikan bilis sebenarnya.

Maka inilah dinner ringkas kami.  Sedap makan panas-panas.. cicah pula dengan sambal kicap.  Ada kopi O lagi..peerrgghhh..Layannnn..

Taraaa.............

1 comment:

  1. dah lama tak makan cekodok ikan bilis ni.. macam sedap jer... nak sikit...
    HANI

    ReplyDelete