...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, January 31, 2012

CEKODOK IKAN BILIS

ISNIN.  30/1/2012 
Sejak anakku tinggal di asrama, aku jarang masak untuk makan malam.  En suami pun tak kisah sangat sama ada nak dinner atau pun tak..(ok jugak, sekurang-kurangnya ringan skit kerja aku..hahahahaha..  Kecualilah anakku pulang bercuti di rumah.  Aku akan masak dan kami akan dinner bersama.

Sejak dalam kereta balik dari kerja tadi aku dah bercadang nak buat cekodok ikan bilis.  Lama juga tak makan.  En. Suami pun setuju.  Dia penggemar cekodok ikan bilis sebenarnya.

Maka inilah dinner ringkas kami.  Sedap makan panas-panas.. cicah pula dengan sambal kicap.  Ada kopi O lagi..peerrgghhh..Layannnn..

Taraaa.............

Monday, January 30, 2012

PAGI AHAD YANG SIBUK

Ahad. 29/1/2012 (PAGI)

Pagi ahad adalah hari yang sibuk sebenarnya.  biasanya kalau pagi ahad aku akan masak lauk pauk dan juga nasi untuk dibawa kesekolah anakku. (setiap ahad pasti ke SDAR untuk melawat dan makan tengahari bersama anak tersayang)

Hari ini bangun awal sikit (awal dari biasa...)  Kena siapkan tempahan untuk seseorang.  Meehon goreng dan bubur kacang hijau.  Pukul 9.30 pagi kena siap sebab tuan punya yang order akan datang ambil.

Lepas subuh terus kedapur... siapkan apa yang patut untuk bekalan ke SDAR.  Akhirnya dapat juga masak ikan bawal tiga rasa dan tom yam ayam.. Peerrghhh... itu menu tengahari kami nanti.  Dah ready...letak sebelah.

Sambil rebus kacang, sempat juga goreng meehon.  (untuk 20 orang jer..)  Dah masakkk.. jam 9.30 pagi tuan yang order dah sampai (betul-betul menepati masa)  Aku baru selesai masukkan dalam bekas besar.  Bubur kacang seperiuk dah pun masak.  ON TIME!!

Borak pun kejap jer dengan tuan yang order tu.  Sorry sebab tak sempat nak buat air pun.  kering tekak dia agaknya..hehehhehh.  Apapun terima kasih pada AZLIEYN_MAQ.  Terima kasih daun keladi, kalau sedap order lah lagi.



Meehoon Goreng & Bubur kacang hijau..dah ready

********************************************************************************
10.30 pagi aku dan En. suami bergerak ke SDAR Seremban.  Semoga kami selamat diperjalanan..Amin..


AHAD . 29/1/2012 (TENGAHARI)

Pukul 12.00 aku dan En. suami dah pun sampai ke Seremban.  Singgah McD Seremban Parade (anakku nak makan double prosperity...)  Selesai segalanya kami sampai di SDAR jam 12.30 tengahari


Dah sampai....

Friday, January 27, 2012

BARU BERMULA...


Sebenarnya telah terlalu lama aku ingin memilikki blog peribadi sendiri.  Namun masa dan keadaan amat membatasi segalanya.  Lama aku pendam.  Akhirnya aku gagahi juga mengatasi masa yang sentiasa membelenggu itu.  Maka terhasillah SELINGKAR KISAH... 

Ia sebuah catatan perjalanan yang boleh dikongsi bersama...