...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, October 31, 2013

BACK TO SCHOOL...

KHAMIS. 31/10/2013


Ni cerita hari jumaat lepas @ 25/10/2013.  Annual Dinner tempat kerja aku.  Back to School...wahh macam best jer.  Ialah mau tak bestnyer, macam budak-budak sekolah lah kan walau usia dan pun 40an.  Sesekali ikut tema kira sporting lah jugak.

Persembahan Freedo memang best,.  Suara dia menyanyikan lagu-lagu hit nya masih seperti dulu.  (Tak sempat nak snap gambar Freedo nyanyi laaa..)Sesuai dengan aku yang retro.  Huhhh..setiap lagu yang dinyanyikan memang aku boleh ingat sekalipun dah melebihi 20 tahun!  Jiwang sekejap dibuatnya.  Terbuai-buai...

Majlis berlangsung sekadar biasa-biasa saja walau ada part yang tak best langsung.  Ada ker yang tak bestnyer??..Isshhh  ada dikkkk..! Mungkin terlepas pandang atau sengaja itu aku tak pasti.. tapi memang ada sesuatu yang tak kena di situ.  Selebihnya???

Selebihnya hanya sekadar mengenang kembali nostalgia sewaktu di sekolah dulu.  Dan kalaulah dapat kembali pada zaman itu semula...Ah!.. mana mungkin.  Semuanya telah berlalu dan tersimpan dalam lipatan sejarah..dan sejarah silam itu kalau dikenang pasti membuai perasaan.  Senyum sendiri.

Aku malas nak menulis.  Layan jer gambar ni.  Tak banyak tapi sangat berharga!  Terima kasih pada teman-teman - Anie, Tinie, Shida dan Im yang gambarnya ada di sini dan rela berkongsi kenangan. Juga pada sesiapa yang terlibat dalam ini cerita...



hehe..budak sekolah beb...



makan time...sedap ker..


jom naik bas sekolah..


malam tu Im jadi ustazah..



hehe..posing tak boleh tahan



ramainya "budak sekolah"

Wednesday, October 30, 2013

SIRI JJCM : TANJUNG DAWAI..TEPI LAUT YANG DAMAI

RABU. 30/10/2013

Dah lama gambar ni tersimpan.  Koleksi JJCM aku yang lepas-lepas.  Kebetulan time tu balik Penang.  Apa lagi cari makanlah.

Tanjung Dawai.  Bagi sesiapa yang tahu, Tanjung Dawai terletak di negeri Kedah.  Boleh jer google cari tang mana.  Huhu  tak pernah pergi pun tempat tu.  Ni kali pertama ke sana.  Tu pun emak dan abah yang cadangkan.  Katanya banyak jualan segala jenis ikan kering dan hasil laut.  Macam seronok jer...

Abah bagitau makanan laut kat situ sedap.  Semuanya fresh.  maklumlah dekat dengan laut. Sebelum singgah makan kat sebuah restoran tepi laut tu, kami ronda dulu kat gerai jualan hasil laut yang telah dikeringkan.  Macam-macam ada.  Rambang mata dibuatnya.  Semua nak beli. Belacan pun nak jugak beli..macamlah kat KL tak der jual belacan.  Hehehe..dah nama pun perempuan kan.

Makan kat restoran tu memang sedap. Restoran Mak Jang..(kalu orang utara sebut Mak Njang).  Tak banyak restoran besar yang ada.  Senang nak cari.  Kedudukan tepi jalan besar dan sebelah laut.  Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. memang layan.

Lain kali boleh ke sana lagi.  Pertamanya makan.  Yang kedua soping ikan kering.  Alahai.. rupanya ikan kering yang beli hari tu pun belum terusik lagi. Entah bila nak habis....


pilih..jangan tak pilih..



hehe..sempat lagi posing..dengan ikan pulak tu


antara menu yang sedapppp..


gerai jualan hasil laut


lagi...


Wednesday, October 2, 2013

PMR 2013..

SELASA. 2/10/2013

Hari ini bermula Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan 3.  Tahun ini juga adalah tahun terakhir PMR.  Selepas ini akan diganti dengan peperiksaan lain.

Semalam Baz  telefon.  Suara dia ceria.  Semua nya terkawal.  Syukur alhamdulillah.  Semoga anakku dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan yakin.  

SELAMAT MENDUDUKI PEPERKSAAN PMR BUAT ANAKKU TERSAYANG DAN JUGA BUAT SEMUA PELAJAR TNGKATAN 3 2013.  SEMOGA MENDAPAT KEPUTUAN YANG MEMBANGGAKAN...